KUALA LUMPUR – Di sebalik lambakan pelbagai jenis iklan ubat dan produk tenaga untuk lelaki ‘berjiwa gagah’, tidak ramai tahu kira-kira 1.7 juta lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas, menghidap masalah ‘mati pucuk’.
Lebih dikenali dalam bidang perubatan moden sebagai Erectile Dysfunction atau ED, perkara yang cukup memeranjatkan itu didedahkan sendiri oleh Presiden Persatuan Farmaseutikal Malaysia, Datuk Nancy Ho.
Beliau namun berkata, golongan lelaki terbabit yang mengalami masalah mati pucuk masih enggan atau berasa takut untuk bertemu pakar bagi mengetahui lebih lanjut mengenai rawatan terhadap penyakit yang dihidapi.
Baca: Kajian Dapati Saiz Zakar Lelaki Moden Makin Pendek
Juga: Malu Zakar Amat Panjang, Remaja Bedah Jadi Batang Pendek
“Terdapat banyak cabaran dalam rawatan ED, terutamanya disebabkan oleh keengganan berterus terang dalam membincangkan masalah atau kepercayaan budaya serta minda yang tidak terbuka,” katanya.
Nancy menyatakan demikian ketika menyampaikan ucaptama pada persidangan kebangsaan mengenai ‘Peranan Ahli Farmasi Tempatan Dalam Pengurusan ED’ bertempat di ibu negara pada Rabu.
ED secara teknikal adalah masalah ketidakupayaan yang berterusan untuk mengekalkan ereksi atau ketegangan zakar sehingga boleh mencapai prestasi seksual memuaskan, terutama golongan lelaki ketika bersama isteri.
Baca: Awas Zakar Lelaki Jika Isteri Tidur Posisi Atas Tubuh Suami
Juga: Jumpa Zakar Tiruan Zaman Purba Usia 300 Tahun
Beliau menambah, keadaan psikologi dan emosi seperti tekanan perasaan, kemurungan atau kebimbangan dan kehilangan harga diri serta keyakinan diri juga boleh menyebabkan berlaku gejala ED tanpa disedari.
“Rawatan ED tidak patut dipandang rendah… berita baiknya ialah mujur pelbagai rawatan ada tersedia dan pesakit kini hanya perlu berjumpa dengan doktor untuk menjalani proses pemulihan bersesuaian,” tambah Nancy.
Beliau berkata ahli farmasi bertauliah lazimnya akan bersedia menyediakan ruang untuk satu perbincangan secara tertutup dan menawarkan pilihan rawatan yang lebih murah dan berkesan. – Agensi/Myewshub.cc/HAA