Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Bos PNB Dedah Bahaya...

MUNGKIN ramai maklum dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) mahu hapus cukai barang dan...

Cengkerang iPhone 6 Untuk...

KERETA mainan Batman ke tu?Haa nanti dulu, ia sebenarnya adalah cengkerang peranti pintar.Sememangnya pilihan...

Calon Muda BN Pahang...

KUANTAN – Menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum...

Liberalisasi Lanjut Insurans Kenderaan...

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanakan langkah liberalisasi tarif insurans motor...

Wow! Lelaki Jelajah Dari Finland Ke Afrika Guna Jetski

LUMRAH sebagai kanak-kanak yang baru mahu mengenali dunia, soalan daripada sifat ingin tahu mereka kadang-kadang tidak terjawab oleh ibu bapa.

Antara persoalan mereka mengapa langit berwarna biru? Bagaimana terhasilnya adik-beradik mereka yang lain?

Ya, itulah soalan-soalan yang biasa ditanyakan namun tidak bagi seorang bapa yang tinggal di Finland ini.

Anaknya mempersoalkan adakah dia mampu menjelajah dari Finland ke Afrika menggunakan jetski?

Ia mungkin sesuatu perkara yang sangat mustahil bagi segelintir lelaki namun Risto Piispa, 33, mengambil idea anaknya itu untuk mencuba dan mencabar kemampuan dirinya.

UNILAD-LmRHDLSwUJ7ej

Risto telah menghabiskan 40 hari untuk melakukan pengembaraan epik dari Finland ke Ceuta dengan menaiki jetski sekali gus telah memecah rekod dunia yang pernah dicipta.

Dengan menaiki Sea-Doo RXT 260 miliknya, Risto telah memecah rekod sebelum ini dengan menjelajah sejauh 1,910 batu jalan laut dengan menggunakan jetski.


Dia turut merakam saat-saat manisnya mengembara untuk dikongsikan bersama keluarga dan rakan.

UNILAD-xmfRyYgKpXdL4

Bagaimanapun, selain niat untuk pecah rekod dunia ketika melakukan pengembaraan hebat itu, Risto juga sebenarnya berusaha mengumpul dana yang akan diberikan kepada sebuah hospital kanak-kanak di Helsinki.

Selain itu, dia juga mengembara selepas mendapat inspirasi daripada kisah hidupnya sebelum ini di mana Risto telah disahkan menghidap tumor otak ketika berusia 28 tahun.

Doktor memberitahu Risto berkemungkinan hanya ada sekurang-kurangnya 7 tahun untuk hidup dan perkara tersebut telah mendorongnya untuk cuba apa yang diimpikan di dalam dunia ini.

Walaupun mempunyai masalah kesihatan, semangatnya ini sememangnya perlu dibanggakan dan dipuji. Tentu anaknya bangga memiliki bapa setabah ini. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori