Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Mesyuarat PSC Dengan SC...

Satu lagi mesyuarat Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Parlimen untuk membincangkan isu pemilikan saham...

Aliran Trafik Di Lebuh...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan...

Warga Emas Maut Langgar...

IPOH - Seorang warga emas maut apabila motosikalnya merempuh sekumpulan kerbau yang sedang...

Sebak, Pilu Jenazah Isteri...

AIR mata seorang suami mengalir disaat mengucup jenazah isterinya ketika dipertemukan untuk kali...

Yan Yee Iringi Pandelela Ke Sukan Olimpik Rio

KUALA LUMPUR – Selepas Pandelela Rinong Pamg, seorang lagi penerjun negara berjaya melayakkan diri ke Sukan Olimpik Rio de Janeiro tahun hadapan.

Ng Yan Yee, berjaya menempah tiket ke Sukan Olimpik selepas menamatkan saingan acara 3m papan anjal wanita individu dalam kelompok 12 penerjun yang melangkah ke peringkat akhir hari ini.

Pada saingan separuh akhir di Aquatic Palace, Kazan, Rusia pada Jumaat, Yan Yee menamatkan saingan berkongsi tempat ke-11 dengan penerjun Ukraine, Olena Fedorova dengan mengumpul 296.10 mata.

Saingan separuh akhir itu dimonopoli penerjun dari China, Shi Tingmao dan He Zi dengan masing-masing mengumpul 381.90 dan 371.40 mata, sementara Jennifer Abel dari Kanada ditempat ketiga dengan 353.90 mata.


Terdahulu, Yan Yee melayakkan diri ke peringkat separuh akhir selepas menamatkan saingan ditempat ke-12 dengan 294.60 mata manakala seorang lagi penerjun kebangsaan, Nur Dhabitah Sabri ditempat ke-19 dalam saingan yang melibatkan seramai 47 peserta.

Seramai 18 penerjun terbaik sahaja mara ke peringkat separuh akhir.- BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori