Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

PRK Rompin: Calon BN...

MUADZAM SHAH - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Hasan Arifin, kira-kira 20 jam...

Maklumat Rompakan Kim K,...

SEBUAH laman web dewasa, Pornhub menawarkan ganjaran AS$50,000 (RM207,941) kepada orang ramai yang...

Gadis Kencing Dalam Seluar...

Kita selalu menonton pelbagai ragam manusia terutama ketika mereka ditemubual menerusia siasran secara...

Kenali Rakan Anda… Jujur...

NAK mengaku kawan, semua orang boleh mengaku sebagai kawan. Tetapi memilih sahabat yang...

Zahid Dedah Cerita Derma Dana RM2.6 Bilion

KETIKA pembangkang berdolak-dalik takut sangat mendedahkan siapakah sumber dana politik parti mereka yang amat lumayan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak masih tampak ‘tenang’ dan jauh lebih telus.

Jika sebelum ini beliau pernah bersetuju agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mewajibkan semua organisasi siasah mengisytiharkan punca pendapatan mereka, tetapi pembangkang pula membantah keras.

Baru-baru ini, Najib sekali lagi ‘cabar’ mereka dengan mengumumkan penubuhan satu jawatankuasa perundingan khas bagi mengawal selia serta memantau pembiayaan politik yang lebih terbuka sifatnya kepada semua pihak.

Pembangkang sekali lagi beri pelbagai dalih dan semua maklum, jika sumber dana mereka terbongkar, bocorlah maklumat rahsia jutawan korporat mana ‘berlakon’ baik depan kerajaan tetapi bantu pihak lawan selama ini.

Hakikatnya sewaktu pembangkang sibuk bising Perdana Menteri dapat dana politik berjumlah RM2.6 bilion dari dermawan Asia Barat, mereka sehingga sekarang masih lagi berahsia takut rakyat tahu kemewahan dana mereka.

Sebelum ini penulis blog terkenal, Raja Petra Kamaruddin ada beri gambaran umum mengenai cerita penyumbang dana kepada Najib yang cukup mengejutkan pelbagai pihak dan ramai dikatakan mula ‘terduduk’ kebimbangan.

MYNEWSHUB juga ada membuat analisis latar belakang penderma Timur Tengah itu dan kisah di sebaliknya agar pembaca faham realiti politik semasa berhubung fitnah isu sumbangan dana politik diterima Najib selama ini.

Baca: Dana RM2.6 Bilion – Tiba-Tiba Ada Takut Kritik Arab Saudi

Juga: Pakatan Terima AS$1 Juta Setahun Dana Zionis Guling BN?

Dan kali ini Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi tampil versi yang lebih jelas bahkan mula ‘buka cerita’ lagi mengenai sumbangan RM2.6 bilion oleh jutawan Islam itu kepada Perdana Menteri.

Apa yang pasti, pencerahan secara drastik oleh Naib Presiden UMNO dan juga Menteri Dalam Negeri itu sebenarnya dalam usaha untuk ‘mematikan’ sebarang keraguan rakyat akibat tohmahan jahat pembangkang.

Beliau dipetik portal AgendaDaily memilih pentas ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Sri Gading di Johor untuk memberi butiran lanjut mengenai sumbangan diberi oleh sebuah keluarga Arab yang amat kaya raya.


Tanpa menyebut nama penderma itu, beliau sebaliknya menjelaskan sudah berjumpa sendiri pegawai pelaburan dan pemegang amanah keluarga Arab tersebut bagi menyemak cerita kesahihan dana berkenaan.

Ia sekadar prosedur biasa memastikan sumbangan itu memang wujud dan lebih telus, segala-galanya mematuhi dokumentasi perundangan ditetapkan untuk pemindahan wang serta diketahui pihak Bank Negara Malaysia.

Menurut Ahmad Zahid, apabila ditanya mengapa beri sumbangan derma RM2.6 billion itu, mereka antara lain sekadar menjawab mahu komitmen kerajaan Malaysia dalam mengekang aktiviti keganasan antarabangsa.

“Mereka malah mahu UMNO dan BN terus perintah Malaysia,” tegas Ahli Parlimen Bagan Datoh itu sambil menjelaskan dana diberi itu adalah sumbangan politik tanpa mengharapkan apa-apa balasan daripada kerajaan.

Selain itu, apa yang unik, mereka juga memberitahu bahawa Malaysia bukanlah satu-satu negara penerima sumbangan itu kerana ada lagi beberapa negara Islam bersahabat lain turut mendapat sumbangan sedemikian.

Ahmad Zahid menambah, beliau sudah melihat sendiri dokumen asal pemindahan wang yang diletakkan atas nama Perdana Menteri menerusi cek dan proses itu melibatkan beberapa transaksi pemindahan standard.

Justeru beliau sekali lagi menegaskan tidak ada satu sen pun wang rakyat kononnya dana itu berasal dari tabung kumpulan wang amanah perbendaharan masuk secara rahsia terus ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

Hakikatnya di sebalik isu itu, secara tersirat menunjukkan pembangkang cemburu apabila tahu ada penderma kaya Islam beri sumbangan siasah kepada Perdana Menteri dan bukannya pula mereka. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori