Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Pelajar Hidup 8 Bulan...

PENNSYLVANIA, Amerika Syarikat – Tanpa sebarang kemudahan asas, seorang pelajar tinggal di dalam...

Kapal Karam: Ratusan Penyelam...

JIANLI, China - Lebih 200 penyelam berusaha mencari lebih 400 penumpang yang masih...

UMNO Setuju Sertai Kongres...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa akan mengetuai rombongan...

Perancangan Endemik Sudah Selesai...

KUALA LUMPUR: Perancangan untuk beralih ke fasa endemik sudah dimuktamadkan dan akan dibentangkan...

Zayn Malik Putus Tunang Dengan Kekasih, Perrie Edward

SELEPAS berita ahli kumpulan One Direction, Louis Tomlinson bakal menjadi bapa tidak lama lagi mendapat perhatian, kini Zayn Malik pula menjadi sensasi internet selepas dilaporkan telah putus tunang dengan kekasihnya.

Zayn yang merupakan bekas ahli kumpulan kegilaan remaja itu telah menamatkan hubungan dengan Perrie Edward yang juga ahli kumpulan Little Mix, selepas tiga tahun bersama.

Berita perpisahan pasangan romantis itu mengejutkan banyak pihak terutama peminat mereka yang sentiasa memberi sokongan padu.

zayn-malik-perrie-edwards-ftr

Menurut sumber, Zayn, 22, telah menghubungi Perrie, 22, dua minggu lepas dan memberitahunya hubungan mereka telah berakhir.

Perrie terpaksa tabah ketika membuat promosi untuk kumpulannya namun dia dikatakan sangat kecewa dengan berita tersebut.


Zayn dan Perrie merupakan bekas peserta rancangan X-Factor United Kingdom namun bertanding pada musim yang berbeza.

Zayn bersama kumpulannya One Direction ketika itu bersaing dalam program tersebut pada tahun 2010 manakala Perrie menjadi juara pada tahun berikutnya bersama kumpulan Little Mix.

Mereka berdua mula menjalinkan hubungan sejak tahun 2012 dan bertunang pada tahun 2013. – Agensi/ MYNEWSHUB.CC

Berita Zayn Malik dan Perrie Edward putus tunang

Persembahan Little Mix di Summertime Ball 2015

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori