Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Bebaskan 3 Lelaki...

MIRI - Mahkamah Tinggi Miri membebaskan dan melepaskan Lie Chang Loon, Chin Wui...

Bagan Datuk Bukan Lagi...

BAGAN DATUK – Pembangunan fizikal yang rancak menjadikan Bagan Datuk yang dahulunya digelar...

Penculik ‘Van Putih’ Kembali...

TEKNIK menculik kanak-kanak menggunakan van putih kini kembali menghantui masyarakat selepas ianya sunyi...

Siasatan Lagu Anti-GST: Keterangan...

GEORGE TOWN - Polis Pulau Pinang hari ini mengambil keterangan Ketua Menteri Lim...

Zizan Razak Nafi Tutup Kontroversi Dengan Cerita Nak Kahwin

SETELAH seketika mendiamkan diri daripada dilanda gosip panas, nama pelawak, pelakon, pengacara dan rapper, Zizan Razak kembali mewarnai dunia seni.

Semua tahu, nama penuh empunya diri Mohd Razizan Abdul Razak itu pernah dikaitkan dengan cerita kurang enak apabila dituduh menghantar mesej lucah kepada beberapa wanita selain dikaitkan melanggan pelacur ketika berurusan di negara seberang.

Tak lama sebelum itu, hubungan percintaannya dengan pelakon Emma Maembong turut berakhir manakala cerita pergaduhan dengan bekas pengurusnya, Marina Juki menghangatkan lagi suasana.

Masih Tiada Persiapan..Zizan Razak Tangguh Kahwin?

Emma Maembong kini dikatakan bercint dengan Kamal Adli
Emma Maembong kini dikatakan bercinta dengan Kamal Adli

Namun, semua itu terus hilang dari radar berita hiburan setelah pelakon filem KL Gangster itu mengumumkan bahawa dia bakal menamatkan zaman bujangnya dengan seorang gadis pilihan senegeri pada Jun 2015.

Berganti Julai dan Ogos, nampaknya perkahwinan yang dikatakan akan dilangsungkan itu tidak juga berlaku. Adakah ia ditangguhkan atau ia hanya dijadikan alasan Zizan untuk menutup pelbagai cerita negatif tentangnya?

Mendapatkan jawapan dari tuan punya badan, Zizan yang kini muncul dengan filem terbaru Polis Evo berkata, setelah melakukan perbincangan dengan ahli keluarga dia mengambil keputusan untuk menarik semula perancangannya untuk berkahwin dua bulan lalu.

“Perkahwinan bukan perkara yang boleh dibawa main-main. Sebelum ini saya buka mulut mahu berkahwin kerana sudah tiba masanya. Tetapi selepas berbincang dengan ahli keluarga, saya tarik semula kenyataan itu,” ujarnya kepada portal Astro Gempak.


Tambah Zizan, soal tentang pasangannya biarlah menjadi rahsia buat masa ini, dan apabila sudah tiba jodoh kelak, dia akan memberitahu.

“Setakat ini, biar ianya menjadi rahsia keluarga saya. Ada benda saya boleh kongsikan dan ada benda tidak boleh diceritakan.

“Saya tidak mahu perkara tersebut berlaku lagi dan sebagai pengajaran buat diri saya.”

Alahai, macam tu pulak Zizan? Tak mengapalah, mungkin Zizan mahukan sedikit privasi dalam hidupnya terutama soal siapa gadis yang bertakhta di hatinya kini.

Apa-apapun, ramai masih ternanti-nanti jawapan kepada pelawak yang dimaksudkan menghantar mesej lucah dan melanggan pelacur di Indonesia yang pernah kecoh sebelum ini. Siapakah gerangan orang itu, ya? – MYNEWSHUB.CC

Jawapan Zizan Razak Tentang Isu Kahwin

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori