Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Kehilangan Tidak Mungkin Dapat...

KOMPOSER dan penulis lirik terkenal tanah air Datuk Adnan Abu Hassan, 57; kembali ke...

Kaka Kecewa Dgn Tasha,...

Ramai peminat sudah dapat menghidu kedinginan hubungan dua selebriti iaitu pelakon sensasi Tasha...

Selamat Hari Raya Aidilfitri...

PEJAM celik pejam celik, tanpa disedari Ramadan akhirnya melabuhkan diri untuk meninggalkan kita...

Jumlah Anggota PBB Terkorban...

ISTANBUL: Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengesahkan...

Suruh Guru Sains Jawab Soalan UPSR, Belum Tentu A – Cikgu

SEPERTI umum mengetahui, Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2015 telah tamat secara rasmi semalam.

Akan tetapi, muncul beberapa cerita kurang enak apabila seorang guru mempertikaikan soalan UPSR bagi subjek Sains tahun ini yang disifatkan sukar dan di luar kemampuan murid untuk menjawabnya.

Dia yang juga merupakan guru Sains itu meluahkan rasa ketidakpuasan hatinya berkenaan isu itu menerusi aplikasi WhatsApps sebelum mesej tersebut menjadi viral di media sosial.

Menurut guru yang tidak diketahui namanya ini, dia yang sentiasa berusaha meningkatkan pengetahuan mengenai Sains juga tidak mampu menyelesaikan soalan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang sediakan untuk murid Tahun 6.

Dakwanya, penyediaan soalan UPSR bagi subjek Sains kali ini jelas membuktikan kegagalan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dalam merubah sistem peperiksaan kebangsaan.

Berikutan itu, dia menegaskan kepada pihak Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) agar tidak menyalahkan tenaga pengajar jika bilangan pelajar cemerlang A menurun pada tahun ini.

unnamed


“Saya sangkal apa jua yang akan diperkatakan oleh PPD dan JPN.. tak perlu buat post mortem.

“Dah terang lagi bersuluh, soalan di luar kemampuan murid untuk menjawab. Yang perlu dipost mortem adalah pihak yang menyediakan soalan.

“Apa punya KBAT yang hendak ditonjolkan.. jelas kegagalan KPM dan LPM dalam merubah sistem peperiksaan kebangsaan.

“Memang saya sebagai seorang guru Sains yang berhempas pulas cuba merungkai soalan KBAT pun terasa tidak mampu… cuba himpunkan semua guru Sains cuba jawab soalan Sains UPSR 2015.. agak-agak berapa ramai yang mampu dapat A?” ujarnya.

– MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=NWbc6-hrO1w

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori