Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

1MDB: Najib Nafi Arul...

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini menafikan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development...

Terharu Dapat Beraksi Di...

KUALA LUMPUR - Penyanyi Diandra Arjunaidi berasa terharu kerana dipilih untuk terlibat melakukan...

Harga Telur Turun Cetus...

SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menurunkan harga telur ayam tiga sen sebiji bagi...

Mahathir Licik Tak Guna...

KUALA LUMPUR - "Itu licik, bukan bersih namanya," kata Ketua Pemuda PAS, Nik...

12 Syarikat Kemuka Bida Projek Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR – Dua belas syarikat membida untuk mengambil bahagian sebagai rakan kongsi pembangunan bagi projek Bandar Malaysia, projek hartanah seluas 197 hektar yang dimiliki sepenuhnya oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Syarikat-syarikat itu terdiri daripada pemaju swasta dalam negeri, syarikat-syarikat berkaitan kerajaan dan pihak asing, telah mengemukakan sama ada secara bebas atau sebagai sebuah konsortium, kata Timbalan Pengarah Urusan CH Williams Talhar and Wong (WTW) Danny Yeo.

WTW adalah penasihat transaksi bagi Permohonan untuk Cadangan Bandar Malaysia.

Bidaan berkenaan ditutup pada 28 Ogos 2015, peringkat akhir penilaian untuk mengambil bahagian sebagai rakan pembangunan dalam projek di Sungai Besi, Kuala Lumpur itu.

Peringkat Permohonan Pernyataan Minat (EOI) sebelum itu menyaksikan minat daripada 40 peserta tempatan dan dunia, termasuk dari Singapura, China, Jepun, Korea dan Australia.

Pembida menerima Memorandum Pelaburan yang menggariskan wawasan pembangunan Bandar Malaysia dan pelan induk yang dicadangkan.


“Untuk ke peringkat akhir pemilihan ini, syarikat-syarikat perlu mempamerkan rekod prestasi, penjenamaan dan keupayaan kewangan mereka untuk menjadi rakan kongsi pembangunan bagi Bandar Malaysia,” kata WTW dalam satu kenyataan hari ini.

WTW akan mengkaji cadangan dan memberi cadangannya kepada 1MDB Real Estate, cabang hartanah 1MDB, yang kemudian akan menyenarai pendek pembina akhir sebelum ke peringkat rundingan perjanjian penjualan saham dan kewangan.

Pengkomersialan Bandar Malaysia adalah sebahagian daripada pelan rasionalisasi 1MDB yang telah dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei 2015.

Bandar Malaysia akan menjadi pembangunan bandar kegunaan bercampur yang dijangka menjadi pemangkin untuk transformasi Greater Kuala Lumpur. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori