Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Wanita Maut Kereta Terbabas...

JOHOR BAHARU - Seorang wanita yang dalam perjalanan menghantar adik perempuannya ke sekolah,...

Tun Abdullah Ayub Meninggal...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tun Abdullah Ayub, 92, meninggal dunia...

Aktor Ben Stiller, Isteri...

LOS ANGELES - Aktor Ben Stiller dan isterinya, Christine Taylor, mengumumkan keputusan untuk...

Remaja Dipaksa Kahwin Lelaki...

Rusia ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć¢ā‚¬Å“ Hari perkahwinan sepatutnya menjadi hari yang paling bahagia dalam hidup seseorang...

125 Perwakilan Parlimen Belia Mula Bersidang Hari Ini

KUALA LUMPUR – Parlimen Belia Malaysia (PBM) yang bersidang buat kali ketiga melibatkan 125 anggota Parlimen Belia Malaysia (APBM) akan membahaskan empat usul di Dewan Rakyat yang berlangsung dua hari bermula hari ini.

Persidangan yang bermula pada 10 pagi itu dipengerusikan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Ronald Kiandee dan disusuli dengan bacaan doa.

Ronald dalam ucapan ringkasnya berkata persidangan kali ini diharap mampu untuk menyerlahkan potensi belia sebagai pemimpin dan pelapis negara serta memberi kesan positif kepada pembangunan belia negara secara keseluruhannya.

Persidangan bermula dengan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Kerjaya, Ahmad Wafi Sahedan (Pulau Pinang) bangun dan mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan program “English in Rural Areas” bagi menggalakkan penggunaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar luar bandar.

Selain itu, tiga lagi cadangan yang akan dibahaskan ialah usul pelaksanaan sekolah satu aliran untuk menyatupaudkan anggota masyarakat, usul menambah baik sistem pengurusan kewangan dan dana politik serta usul mengawal selia pengedaran, penjualan dan penghasilan rokok elektronik (vape) di Malaysia.


Kesemua usul yang dibahas dan diputuskan dalam persidangan ini akan dikemukakan kepada Mesyuarat Jemaah Menteri.

Parlimen Belia merupakan inisiatif yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kira-kira dua tahun lepas dan ia antara lain bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda berkaliber dan berwibawa sejajar keperluan negara masa kini dan akan datang.

Terdapat sembilan jawatankuasa dalam sistem Parlimen Belia ini iaitu Sosioekonomi; Hubungan Antarabangsa dan Diplomatik; Keselamatan, Undang-undangƃā€šĆ‚Ā dan Integriti; Pendidikan dan Kerjaya; Kebudayaan, Sukan, Patriotisme dan Integrasi; Infrastruktur, Pembangunan dan Alam Sekitar; Komuniti Pembangunan dan Kesihatan; Teknologi dan Inovasi; serta Rohani dan Agama. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori