Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Iklim Utara AS Tidak...

WASHINGTON – Iklim sejuk yang makin tidak mesra penduduk di beberapa buah negeri...

KKMM Ambil Tindakan Tegas...

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengambil tindakan tegas terhadap...

Dua Atlet Angkat Berat...

SEPANG - Belum pun reda kes doping membabitkan 'ikon' sukan negara, dua atlet...

Syarikat Terlibat Dalam Kes...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat syarikat-syarikat yang terlibat...

1MDB Lancar Proses Jualan Tanah Pulau Indah

KUALA LUMPUR – 1Malaysia Development Bhd (1MDB) memulakan proses tender jualan tanah dengan keluasan 128.7 hektar di Pulau Indah, Selangor.

Dalam kenyataan hari ini, 1MDB berkata ia melantik Savills (M) sebagai penasihat dan menyediakan memorandum maklumat terperinci untuk pengagihan.

“Pembeli berpotensi yang mempunyai kelayakan yang sesuai dipelawa mendaftarkan minat mereka dengan Savills (M) bagi proses tender ini,” katanya.

Tanah 1MDB di Pulau Indah, Mukim Klang, Selangor, itu adalah di tapak pembangunan tunggal yang besar.


Ia terletak bersebelahan Zon Bebas Pelabuhan Klang dan pembangunan industri yang lain.

Jualan tanah tersebut merupakan sebahagian daripada pelan rasionalisasi yang dibentangkan kepada Kabinet pada 29 Mei, 2015.

Sementara itu, 1MDB juga berkata keseluruhan pelan itu berjalan lancar, dengan pembida yang disenarai pendek pada masa ini menjalankan proses kajian terperinci bagi Edra Energy dan Bandar Malaysia. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori