Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Razali Calon Tunggal BERSATU...

KUALA TERENGGANU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal, Datuk Razali Idris menjadi calon...

Seleweng Dana: SPRM Akan...

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengambil keterangan daripada Exco...

Pemandu Lori ‘Lalok’ Didakwa...

KUALA LUMPUR - Pemandu lori 'lalok' yang merempuh lima kenderaan lain di persimpangan...

Komplot Jatuhkan Najib, 3...

KUALA LUMPUR - Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun membuat laporan polis...

2 Ditahan Bantu Kes Rompak Di Tasek Gelugor

TASEK GELUGOR – Dua individu ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang warga emas maut manakala anak lelakinya cedera selepas ditetak sekumpulan perompak yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Padang Chempedak di sini awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Zakaria Ahmad berkata dua lelaki berusia 29 dan 30 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Tasek Gelugor malam tadi dan awal pagi ini.

“Berdasarkan beberapa maklumat yang diperolehi, polis berjaya menahan dua lelaki terbabit dan kami percaya mereka akan dapat membantu siasatan kes berkenaan. Mereka akan direman hari ini untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.30 pagi itu, mangsa Shamsudin Bakar, 67, yang dipercayai mengalami masalah sesak nafas maut selepas diikat kumpulan perompak berkenaan.

Ketika kejadian, kira-kira lima hingga enam lelaki telah masuk ke rumah mangsa yang ketika itu terdapat lima orang iaitu si mati, isteri, anak lelaki serta menantu perempuan mereka dan seorang bayi sedang tidur.


Sementara itu Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata pihaknya telah mengenal pasti identiti anggota kumpulan yang terlibat dalam kejadian rompakan berkenaan dan usaha mengesan mereka giat dijalankan.

Katanya kumpulan yang terdiri antara lima hingga enam lelaki itu dipercayai turut terlibat dengan empat kes rompakan di daerah Timur Laut dan satu kes di Seberang Perai Tengah baru-baru ini.

“Polis juga telah menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai Datuk Zakaria (Ahmad) untuk memburu anggota kumpulan berkenaan dan kami percaya mereka masih berada di sekitar negeri ini,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori