Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Kerani ‘Dirogol’ Dibunuh, Anak...

MUAR - Cahaya mata lelakinya baharu berusia empat bulan dan pastinya kini belum...

Mesin ATM Diletup, RM260K...

DUNGUN - Sebuah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank di sini diletup...

Exco PAS Terikat Bai’ah,...

KUALA LUMPUR - Tiga Exco PAS dalam kerajaan negeri Selangor masih lagi terikat...

Asrama Akademi Tahfiz Ihya...

SHAH ALAM - Sebuah asrama penginapan pelajar Akademi Tahfiz Ihya Ul-Quran, Kampung Bukit...

2 Remaja Dipenjara, Didenda Tunggang Motosikal Ala ‘Superman’

KUALA LUMPUR – Dua remaja hari ini dipenjara dua hari dan didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah menunggang motosikal secara melulu dan berbahaya dengan melakukan aksi ala ‘Superman’.

Majistret Zilfinaz Abbas turut memerintahkan Muhammad Zulfirman Mohd Ikram, 18, dan Muhammad Amin Md Isa, 22, menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini dan tambahan hukuman penjara dua bulan, jika gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, Muhammad Zulfirman dan Muhammad Amin, masing-masing menggunakan motosikal jenis Yamaha RXZ serta Yamaha Lagenda didakwa menunggang secara melulu dan berbahaya dengan aksi ala ‘Superman’ dengan meletakkan dada pada kusyen serta mengangkat kaki lurus ke belakang.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Lebuhraya DUKE, di sini, antara jam 3.30 dan 3.35 pagi, hari ini dan didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun dan denda, serta hilang kelayakan menunggang atau mendapatkan lesen memandu selama dua tahun.


Terdahulu, Pegawai Pendakwa Inspektor Hashimah Hashim memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, Muhammad Zulfirman dan Muhammad Amin yang tidak diwakili peguam, memohon dijatuhkan hukuman ringan atas alasan berasal daripada keluarga susah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori