SANTIAGO – Gempa bumi kuat berukuran 8.3 magnitud yang melanda Chile pagi tadi meragut sekurang-kurangnya dua nyawa manakala 10 lagi cedera.
Gempa itu yang turut dirasai di Argentina itu menyebabkan penduduk lari bertempiaran ke jalan raya di ibu negara Santiago.
Mengikut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa berpusat kira-kira 55 kilometer di barat Illapel, Chile pada jam 7.54 malam waktu tempatan.
Agensi Kecemasan Kebangsaan Chile mengeluarkan amaran tsunami dan mengerahkan operasi menyelamat di beberapa kawasan pesisir pantai. – AFP
https://youtu.be/1umc1SRVuA4