Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Polis Tidak Pandang Ringan...

SERDANG - Penglibatan anggota pasukan keselamatan dalam kegiatan keganasan seperti kumpulan militan IS...

Puteri Najib Selamat Bernikah...

PUTRAJAYA - Majlis akad nikah anak perempuan Perdana Menteri, Nooryana Najwa dan pasangannya,...

Ketua Polis Jambi Terbabit...

JAKARTA: Lima penumpang dan tiga kru dilaporkan hilang selepas helikopter milik polis dinaiki...

Siapa Lebih Berkuasa, Kementerian...

KUALA LUMPUR - ā€œSiapa lebih berkuasa? Kementerian Pelajaran atau PIBG?ā€.Soalan itu dibangkitkan oleh...

20 Wanita Asing Ditahan Di Pusat Hiburan Di George Town

GEORGE TOWN – Sebanyak 20 wanita warga asing yang bekerja sebagai pelayan tanpa permit ditahan dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kedah, di sini malam tadi, menurut polis.

Jurucakap Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang berkata dalam serbuan pada 7.30 malam itu, 14 wanita warga Vietnam dan enam warga China itu didapati menyalahgunakan pas lawatan sosial untuk bekerja sebagai pelayan di pusat itu.

Polis turut menahan seorang lelaki tempatan berusia 30-an yang dipercayai melindungi dan mengaji wanita berkenaan, katanya di sini hari ini.

Menurutnya serbuan itu dilakukan selepas seminggu intipan dilakukan dan siasatan mendapati pusat hiburan itu pernah diserbu beberapa kali sebelum ini kerana kesalahan yang sama.


Katanya kesemua wanita berumur 20 hingga 35 tahun itu diserahkan kepada pihak imigresen untuk tindakan lanjut. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=-0hQJpbeV3Q

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori