Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Menteri Baharu Indonesia Warga...

JAKARTA - Menteri Tenaga dan Sumber Daya Mineral Indonesia, Archandra Tahar, yang baharu...

Kereta Mewah Tapi Otak...

BEBERAPA gambar dimuat naik oleh pengguna Facebook Mohd Fadzli yang memaparkan kenderaannya dianiaya...

Rohingya: M’sia Desak Badan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendesak badan antarabangsa...

Agong Simpati Pemergian Muhammad...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan...

3 Ditahan Berhubung Letupan Bom Di Bangkok

KUALA LUMPUR – Polis menahan dua warga tempatan dan seorang lelaki rakyat Pakistan untuk membantu siasatan berhubung kes pengeboman di Bangkok pada 17 Ogos lepas.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata ketiga-tiga yang ditahan itu, termasuk seorang wanita, disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).

Beliau berkata mereka ditahan pada minggu lepas dengan kerjasama polis Thailand.

“Kita bantu polis Thailand dalam kesan individu yang dipercayai terlibat memandangkan kita memang bekerjasama rapat dengan mereka berhubung isu ini,” katanya dalam sidang media selepas Mesyuarat Biro Maritim Antarabangsa di sini, Isnin.


Mengulas mengenai sama ada suspek utama telah berada di Malaysia, Khalid berkata pihaknya setakat ini masih belum mempunyai bukti kukuh berhubung perkara itu bagaimanapun siasatan tetap dijalankan.

Letupan bom berkembar Ogos lalu, yang berlaku di Kuil Erawan di Bangkok, Thailand, meragut 20 nyawa termasuk lima rakyat Malaysia dan menyebabkan 123 orang tercedera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori