Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Gempa Bumi Kuat Landa...

KUALA LUMPUR - Gempa bumi kuat berukuran 6.4 pada skala Richter melanda selatan...

Bayi Kembar Orang Asli...

GERIK: Sepasang bayi kembar selamat dilahirkan dalam sebuah bot ambulans ketika melalui Tasik...

Ferrari F60A Hanya Untuk...

FERRARI bukanlah calang=calang kenderaan. Jika ia kelihatan seperti terlalu mewah pada masa kini,...

50 Juta Akaun Pengguna...

FACEBOOK boleh dikenakan denda lebih £1.2 bilion (RM6.48 bilion) berikutan pelanggaran data yang...

3 Lagi Jemaah Malaysia Disahkan Terkorban – Seorang Selamat

PETALING JAYA – Tiga lagi jemaah haji Malaysia disahkan terkorban dalam tragedi kren tumbang di Makkah, Jumaat lepas manakala seorang ditemui selamat, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Ketiga-tiga mereka yang meninggal dunia berasal dari Kelantan yang dikenali sebagai Siti Nurolshlizan Zolkifli, 37, dari Tanah Merah; Rohana Ismail, 54, dari Kuala Krai; dan Munah Jusoh, 73, dari Cherang Ruku.

Dengan pengesahan terbaharu itu menjadikan empat mayat jemaah haji Malaysia telah dikenal pasti. Mayat pertama dikenal pasti awal malam ini ialah Rusiah Suar, 56, dari Sungkai, Perak.

71442156604_SidangMediaHaji

Semasa sidang media lewat malam ini, Jamil Khir juga mengesahkan pihak Tabung Haji juga telah menemui semula seorang jemaah Malaysia, yang dilaporkan hilang dalam tragedi itu, Abdul Muluk Ishak, 71, dari Pantai Remis, Perak.

Sehingga kini tiga lagi jemaah haji yang masih hilang ialah Abdul Habib Lahman, 68, berasal dari Sik, Kedah; Shahidan Saad, 52, (Kodiang, Kedah) dan Zainun Taha, 69, (Ampang, Selangor).

Jamil Khir berkata ketiga-tiga jenazah itu dikenal pasti pada 6 petang (waktu Arab Saudi) melalui paparan gambar serta barangan pengenalan jenazah di rumah mayat.


“Ketiga-tiga jenazah telah dikenal pasti oleh waris-waris mereka di Tanah Suci,” katanya.

Mengenai Abdul Muluk, katanya jemaah haji itu terselamat dalam insiden berkenaan dan dilaporkan tersasar ke kediaman jemaah haji Thailand pada hari kejadian serta beliau dalam keadaan sihat.

“Beliau yang dikatakan seorang yang mudah lupa dihantar ke pejabat agensi pengurusan haji tempatan (Andalusia) oleh pihak Muasassah Thailand sebelum dibawa ke Ibu Pejabat TH di Makkah,” katanya.

Katanya semua pihak amat berdukacita, bersimpati dan mengucapkan takziah kepada semua anggota keluarga Allahyarham dan menasihati anggota keluarga untuk bersabar dan tabah dengan dugaan ini.

Beliau berkata Kerajaan Arab Saudi menempatkan kesemua jenazah di rumah mayat Muaissem, yang terletak berdekatan dengan Mina, Makkah.

Tabung Haji akan terus berusaha sedaya-upaya untuk terus mencari mangsa-mangsa di hospital berdekatan serta memastikan segala proses-proses pengecaman diselesaikan secepat mungkin, kata Jamil Khir. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori