Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Pasangan Lesbian Tetap Berkahwin...

PASANGAN lesbian dan selebriti terkenal Jepun, Akane Sugimori, 28 dan Ayaka Ichinose, 34...

Asus Zenfone Baru, Fokus...

Asus dijangka sedia untuk memperkenalkan beberapa telefon pintar baru di bawah keluarga Zenfone pada...

Anwar Ibrahim Dibebaskan Dari...

KUALA LUMPUR – Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan...

Koronavirus: 8 Warga China...

IPOH - Lapan warga China yang tiba bersama seorang mangsa positif wabak koronavirus...

3 Maut, 2 Parah Kereta Terjunam Dalam Gaung

PAPAR – Tiga terbunuh termasuk seorang wanita sarat mengandung manakala dua lagi parah selepas kereta yang dinaiki terbabas dan terjunam ke dalam gaung berhampiran pejabat Taman Banjaran Crocker, di Kilometer 40 Jalan Keningau-Kimanis di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Papar DSP George Abd Rakman berkata nahas pukul 5.45 petang meragut nyawa Norma Husin, 50, Norliza Mustafa, 24, dan Emiriza Esanan, 2, yang maut di tempat kejadian ekoran cedera parah di kepala.

Katanya, mereka yang cedera parah adalah Arianah Kinsuan, 24, dan Saidah Mustafa, 26, masing-masing patah tangan kanan dan patah kaki kanan.

“Dua lagi hanya cedera ringan termasuk pemandu kereta berkenaan iaitu Esanan Kinsuan, 31 tahun. Kesemua mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Papar untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata kesemua mangsa yang berasal dari Kampung Berjaya, Bukit Garam Sandakan itu menaiki kenderaan jenis Toyota Avanza yang sedang dalam perjalanan dari arah Ranau menuju ke Kota Kinabalu.


“Mereka menggunakan jalan Kimanis-Keningau dan apabila mangsa sampai di tempat kejadian, tiba-tiba kenderaan yang dipandu hilang kawalan lalu terbabas dan terjunam ke dalam gaung sedalam kira-kira 200 meter,” katanya.

Kejadian itu berlaku tidak jauh dari lokasi kemalangan yang mengorbankan lima sekeluarga selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas pada 21 Ogos lalu. – BERNAMA

 

https://www.youtube.com/watch?v=8XTcZk4lXh8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori