Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Himpunan Selamatkan Baitulmaqdis Catat...

PUTRAJAYA - Himpunan Putih Solidariti Selamatkan Baitulmaqis yang diadakan di Masjid Putra di...

Jentera Pemuda UMNO Pejuang...

BELURAN - Jentera Pemuda UMNO, selaku pejuang di media sosial bagi menangani tohmahan...

Mayat Nelayan Terjatuh Dari...

LABUAN - Mayat lelaki berusia 51 tahun yang dikhuatiri lemas selepas terjatuh...

Umie Aida Nasihat Johan...

TINDAKAN Johan As’ari memuat naik entri mengenai Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad...

3 Negeri Diisytihar Kawasan Jangkitan Penyakit Anjing Gila

TAIPING – Tiga negeri di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang diisytihar sebagai kawasan jangkitan penyakit anjing gila berikutan beberapa kes dikesan di negeri itu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Menurutnya, penyakit anjing gila atau rabies telah diisytiharkan di Perlis pada 19 Ogos lepas manakala Kedah dan Pulau Pinang, masing-masing pada hari ini.

“Jadi dalam soal ini, kita meminta orang ramai di negeri terbabit untuk berhati-hati. Bagi mereka yang memelihara anjing pastikan anjing mereka berlesen dan sudah mendapat vaksin yang sepatutnya,” katanya.

Shabery berkata demikian kepada pemberita selepas melawat rumah nelayan, Low Tze Kian, 23, yang maut ketika keluar menangkap ikan pada 24 Ogos lepas di Kampung Telok Kertang, di sini hari ini.


Beliau berkata sehingga sekarang, seramai 200 kakitangan veterinar telah dikerahkan di seluruh negara untuk membantu mengawal keadaan di tiga negeri berkenaan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori