Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Kes Bunuh Zayn Rayyan:...

PETALING JAYA : Polis mengesan pergerakan hasil analisis beberapa rakaman kamera papan pemuka...

Jawapan Kepada Surat Terbuka...

Banyak isu-isu yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dalam blog terbarunya dikitar...

Cuaca Sejuk & Berkabus...

SETELAH bencana banjir kembali reda, penduduk Kelantan khususnya di jajahan Kuala Krai sekali...

Gerakan Bakal Bariskan 60%...

GEORGE TOWN - Gerakan membariskan 60 peratus calon muka baharu untuk bertanding di...

Serangan Bom Thailand: 4 Lelaki Uighur Ditahan Polis Bantu Siasatan

KUALA LUMPUR – Polis menahan empat lelaki warga asing bagi membantu siasatan dalam insiden pengeboman di Bangkok, Thailand, pada 17 Ogos lalu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata kesemua suspek yang merupakan etnik Uighur berusia lingkungan 30-an ditahan di sekitar Kuala Lumpur dan Kelantan pada Sabtu lepas.

“Polis sedang menjalankan siasatan lanjut terhadap mereka mengenai penglibatan dan peranan mereka yang disyaki terlibat dalam insiden itu.

“Banyak perkara perlu diteliti dalam menjalankan siasatan lanjut yang melibatkan pelbagai aspek antaranya pengecaman wajah, bentuk fizikal badan suspek, saksi dan ujian DNA jika perlu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media sempena majlis pemakaian pangkat pegawai kanan polis, di Mess Pegawai Kanan di Bukit Aman, hari ini.

Noor Rashid berkata setakat ini belum ada bukti yang kukuh dan tiada pengakuan yang direkodkan ke atas mereka terlibat dalam insiden itu.


“Selain itu, polis juga menyiasat pasport dan dokumen pengenalan diri mereka.

“Saya juga telah memaklumkan penangkapan empat lelaki itu kepada pihak Thailand dan mereka akan memberi kerjasama dalam mengesan beberapa lagi individu yang dipercayai terlibat,” katanya.

Beliau berkata setakat ini mereka akan disiasat di Malaysia sebelum diekstradisi ke Thailand yang menjadikan jumlah keseluruhan tangkapan seramai lapan suspek.

Letupan bom 17 Ogos lalu di Kuil Erawan di Bangkok, Thailand, meragut 20 nyawa termasuk lima rakyat Malaysia dan menyebabkan 123 orang tercedera. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori