Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Fazura Kini Mula Berjinak-jinak...

PENAMPILAN pelakon Gol & Gincu, Nur Fazura mengenakan imej berselendang yang menutupi sebahagian...

Kepala Budak Tersepit Di...

NILAI - Seorang ibu cemas apabila mendapati kepala anak bongsunya tersepit pada palang...

Pengasuh Makan Sebelum Serah...

SEORANG pengasuh membunuh seorang bayi lelaki kemudian membawanya ke sebuah restoran McDonalds sebelum...

Sekolah Boleh Cuti Berganti...

KUALA NERANG – Sekolah yang digunakan sebagai pusat mengundi pada pilihan raya umum...

46 Tahun Derita Pening Kepala Angkara Jarum

SEORANG wanita dari Anhui, China tidak menyangka punca dirinya sering mengalami sakit kepala sejak kecil lagi rupa-rupanya disebabkan oleh sebatang jarum yang melekat pada otaknya.

Hal itu terbongkar selepas wanita berusia 46 tahun ini melakukan ujian imbasan CT di sebuah hospital baru-baru ini yang menunjukkan sebatang jarum sepanjang 4.6cm melekat dalam otaknya.

Menurut laporan People’s Daily Online, wanita yang dikenali sebagai Liu ini juga dikatakan terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor dan mendakwa tidak tahu bagaimanapun jarum itu boleh berada dalam otaknya.

Malah, akibat sakit kepala yang sering dialami juga menyebabkan dia selalu ke klinik untuk mendapatkan rawatan namun tidak pernah pulih walaupun memakan pelbagai jenis ubat.

Doktor yang sedang mengubatinya Liu percaya jarum berkenaan mungkin termasuk ke kepalanya ketika dia masih bayi.

“Doktor berkata, jarum itu mungkin termasuk ke dalam kepala ibu saya ketika dia berusia 18 bulan.


“Memandangkan otaknya belum membesar sepenuhnya ketika itu, jarum berkenaan tidak menjejaskan pembesaran ibu saya,” ujar anak Liu yang menemani ibunya di hospital.

Berikutan itu, doktor mencadangkan Liu menjalani pembedahan membuang jarum itu kerana bimbang ia mungkin mengakibatkan sakit yang lebih teruk pada masa akan datang. – Agensi/MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=wG9K56I5Xsg

https://www.youtube.com/watch?v=w8zk6NHBJgU

  • Lagi berita berkaitan:
  • China

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori