Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Inisiatif Sarawak Bantu Bayar...

KUALA LUMPUR - Inisiatif kerajaan Sarawak membantu pelajar dalam kalangan anak negeri itu...

MyKid Siap Dalam Tempoh...

BESUT - Orang ramai kini boleh membuat permohonan kad MyKid di pejabat Jabatan...

Reka Cerita Kena Culik,...

AKIBAT mengalami tekanan perasaan kerana terpaksa menumpukan pelajaran, seorang pelajar tingkatan 1 sanggup...

Pembantu Kafe UIA Mati...

GOMBAK : Mayat seorang lelaki warga asing ditemui tergantung pada tiang jambatan Mahala...

50,000 Unit Vaksin Untuk Tangani Wabak Rabies

IPOH – Kerajaan menempah 50,000 unit vaksin bagi menangani penularan wabak penyakit anjing gila atau rabies, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata bahan itu ditempah daripada Pusat Vaksin Rabies Dunia yang berpengkalan di Paris, dan akan tiba dalam waktu terdekat ini.

“Ia (vaksin) akan sampai dalam beberapa hari lagi. Vaksin ini dijangka akan memenuhi permintaan seluruh negara khususnya di negeri terjejas dalam usaha mengawal jangkitan penyakit berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan ke-39, Pertubuhan Peladang Negeri Perak 2015, di sini hari ini.

Beliau berkata kementeriannya mengarahkan negeri lain untuk menghantar stok vaksin ke sebelah utara supaya orang ramai yang mempunyai anjing boleh mendapatkan vaksin berkenaan.

Ahmad Shabery berkata di kawasan zon penampan sekitar jarak 80 km dari sempadan Thailand (immune-belt) kawalan diperketat untuk mengelak anjing dari negara jiran diseludup masuk.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya juga bersedia mengadakan perbincangan dengan badan bukan kerajaan (NGO) yang berkenaan bagi menangani masalah anjing tidak bertuan dan beliau juga bersedia menjadi orang tengah untuk mengatur pertemuan antara NGO dan pihak veterinar berkongsi pandangan profesional.


“Tetapi apa jua yang disebutkan, pada asasnya mestilah membawa kepada kepentingan terhadap rakyat umum. Itu paling penting sekarang ini dan setakat ini tiada kes baharu yang kita peroleh berhubung rabies,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai pengecualian Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) ke atas input pertanian, Ahmad Shabery berkata beliau akan terus mengusulkan cadangan itu dari semasa ke semasa.

“Saya akan kemukakan kepada Kabinet dan sudah tentu Kabinet akan mempertimbangkan daripada semua aspek, sudah tentu kerajaan, akan melihat dari segi perspektif yang besar sekiranya GST terhadap input pertanian ditiadakan atau disifarkan.

“Apakah kesan kepada pendapatan negara dan apakah implikasi yang lain, tapi saya akan terus menyuarakannya,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori