Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

LHDN: Baucar Ganti Cek

KUALA LUMPUR - Baucar akan diberikan kepada pembayar cukai individu yang enggan mendedahkan...

Pangkalan Operasi Hadapan Perketat...

KUALA LUMPUR - Kewujudan Pangkalan Operasi Hadapan (FOB) dapat memperketatkan lagi kawalan keselamatan...

‘Dah PLAYBOY Mengaku Jelah’...

SEMUA maklum episod hubungan cinta antara Emma Maembong dan Zizan Razak sudah tamat...

Gagal Asing Sisa Pepejal...

KUALA LUMPUR - Penguatkuasaan pengenaan kompaun bagi isi rumah yang gagal mengasingkan sisa...

560 Bungkus Air Ketum Dirampas

KUALA TERENGGANU – Tidak pernah serik! Meskipun sebelum ini pernah dicekup kerana terlibat dalam urusan jual beli air ketum, seorang duda anak lima masih mengulangi kesalahan sama apabila sekali lagi ditahan dalam satu serbuan Op Sarang di kawasan semak Kampung Ketapang, Chendering, di sini, kelmarin.

Dengan penahanan duda berusia 51 tahun itu, polis berjaya merampas sebanyak 560 bungkus air ketum bernilai keseluruhan RM1,120 yang sekali gus menumpaskan pengedaran air ketum di sekitar daerah Kuala Terengganu.

Selain itu, 14 lagi lelaki berusia antara 20 tahun hingga 58 tahun yang juga pelanggan tetap kepada suspek turut ditahan ketika mereka mahu membeli air ketum itu, dalam serbuan yang bermula jam 10 pagi hingga 1.30 petang.

Pemangku Pegawai Turus Risikan/Operasi/Tahanan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Terengganu, Asisten Superintendan Tengku Mohamad Sukri Tengku Jusoh berkata, sepasukan pegawai dan anggota JSJN Terengganu yang diketuai Sub Inspektor Ashaari Jamian membuat serbuan hasil maklumat awam dan intipan yang dilakukan sejak dua minggu lalu.

Tengku Mohamad Sukri berkata, pihaknya menjalankan pemerhatian terlebih dahulu terhadap suspek yang menjalankan perniagaan berhampiran kawasan semak di kampung berkenaan.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSebelum ditahan, suspek dipercayai sedang menunggu pelanggannya dan pemeriksaan menemui 10 bungkus air ketum yang dijual dengan harga RM2 setiap bungkus.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œHasil soal siasat, suspek telah membawa anggota kami ke sebuah rumah yang terletak berhampiran kawasan semak berkenaan, sebelum pemeriksaan menemui sejumlah 550 bungkus air ketum yang siap untuk dijual pada hari ini (semalam).


ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSiasatan turut mendapati kesemua bungkusan air ketum itu adalah bekalan untuk pasaran di sekitar daerah Kuala Terengganu,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

Katanya, hasil siasatan mendapati suspek sebelum ini pernah ditahan atas kesalahan sama pada tahun lalu dan menjalankan semula perniagaan itu pertengahan Ogos lalu.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œSuspek dipercayai mendapat bekalan daun ketum ini dari pengedar luar Terengganu dengan harga RM40 sekilogram, dan mampu meraih pendapatan antara RM400 hingga RM500 sehari.

ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć…ā€œDifahamkan, walaupun baru memulakan perniagaan, suspek sudah mempunyai antara 200 hingga 300 orang pelanggan yang membeli minuman terlarang itu,ƃĀ¢Ć¢ā€šĀ¬Ć‚Ā katanya.

Menurutnya lagi, hasil ujian saringan awal air kencing mendapati empat lelaki termasuk pengedar yang ditahan itu positif dadah jenis methamphetamine sementara yang lain negatif dadah.

Kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 30 (3) Akta Racun 1950 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori