Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Lawak.. 6 Perkara Perempuan...

SEMEMANGNYA lelaki dan wanita diciptakan berlainan.Maka tidak hairan mengapa sifat lelaki dan wanita...

Nicol Lakar Hatrik Gelaran...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara, Datuk Nicol David mencipta hatrik gelaran Kejohanan...

Omar Siddiq Dilantik Ketuai...

KUALA LUMPUR : HSBC Bank Malaysia mengumumkan pelantikan Omar Siddiq sebagai Ketua Pegawai...

Sirul Ketemu Ibu, Dapat...

ANGGOTA Unit Tindakan Khas, Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan...

6 Maut Kereta Rali Rempuh Penonton Di Sepanyol

MADRID – Enam orang termasuk seorang wanita mengandung maut pada Sabtu apabila sebuah kereta rali terbabas dan merempuh ke arah penonton di utara Sepanyol, kata polis.

Rakaman video yang disiarkan stesen televisyen Sepanyol menunjukkan kereta rali terbabit terbabas daripada laluan dalam keadaan jalan yang berdebu di bandar barat laut, Carral ketika perlumbaan Rali Coruna.

“Sebuah kereta dalam rali ini terkeluar daripada laluan dan merempuh penonton ketika kenderaan terbabit memecut di satu selekoh.

“Kami sahkan bahawa enam orang mati iaitu empat wanita dan dua lelaki. Salah seorang adalah seorang wanita mengandung,” kata jurucakap polis.


Katanya, kira-kira 20 orang pula mengalami kecederaan dan beberapa orang dibawa ke hospital manakala sekurang-kurangnya dua dikatakan cedera “parah”.

Sementara itu, jurucakap berkenaan berkata, pihak berkuasa sedang menyiasat nahas berkenaan. – AFP

https://youtu.be/RyT-cKSN-FE

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori