Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Waris Rayu Cari Jalan...

TAWAU - Semua waris kepada lima mangsa culik sekumpulan lelaki pada Julai lepas...

Lelaki Cuba Jual Teruna...

ROMANIA – Tak laku. Itu yang berlaku kepada seorang lelaki apabila iklan yang...

Tarikh Awal Muharam Tahun...

KUALA LUMPUR - Tarikh Awal Muharam (Maal Hijrah) bagi tahun ini diubah dari...

Annuar Musa Enggan Komen,...

SHAH ALAM - "Ramai yang minta komen. Saya tiada apa komen buat masa...

7 Lelaki Dituduh Bunuh Kevin Morais

KUALA LUMPUR – Tujuh lelaki termasuk seorang doktor tentera dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini masing-masing atas pertuduhan membunuh serta bersubahat membunuh Timbalan Ketua Bahagian Perbicaraan dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais, pada 4 September lalu.

Tertuduh bagi kes bunuh iaitu G Gunasekaran, 43; R Dinishwaran, 23; A Thinesh Kumar, 22; M Vishwanath, 25; S Nimalan, 22; S Ravi Chandaran, 34; hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Siti Radziah Kamarudin.

Pakar patologi, Kolonel Dr R Kunaseegaran, 52, yang didakwa bersubahat juga mengganguk faham terhadap pertuduhan.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh.


Mengikut pertuduhan, enam tertuduh itu didakwa membunuh Kevin dalam perjalanan dari Jalan Dutamas Raya Sentul ke No 1 Jalan USJ1/6D, Subang Jaya antara jam 7 pagi dan 8 malam pada 4 September lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.

Kunaseegaran pula didakwa bersubahat melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama-sama Seksyen 302 Kanun sama yang turut memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 November ini untuk sebutan semula kes. – myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori