Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Eksperimen Hasilkan Corak Mirip...

SHAH ALAM – Corak yang terhasil pada model patung (mannequin) akibat hentaman pintu...

Madrid Maersk Berlabuh Di...

KUALA LUMPUR - Madrid Maersk, kapal kelas Triple-E milik Maersk Line, syarikat perkapalan...

Pelawa Syarikat Korporat Terbit...

KUALA LUMPUR - Persatuan Kesejahteraan Rakyat 1 Malaysia (KER1M) mempelawa syarikat-syarikat korporat termasuk...

Gambar Zulin Aziz Pula...

JIKA sebelum ini kecoh tentang isu fitnah video lucah Eyka Farhana, video kaum...

Jerebu: 8 Kawasan Catat IPU Tidak Sihat Setakat 3 Petang

KUALA LUMPUR – Keadaan jerebu di negara ini semakin reda apabila hanya lapan kawasan di seluruh negara merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat, dengan Seberang Jaya 2, Perai di Pulau Pinang mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 124.

Setakat 3 petang tadi, laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS) melaporkan IPU tidak sihat turut dicatatkan di Universiti Sains Malaysia Pulau Pinang dengan bacaan 117, Bakar Arang, Sungai Petani (113) serta Seri Manjung dan Langkawi masing-masing mencatatkan bacaan 112.

Selain itu, bacaan IPU tidak sihat direkodkan di kawasan Taiping (106), Perai (104) dan Sri Aman (103).

Sebanyak 41 kawasan lain mencatatkan bacaan IPU sederhana dan hanya dua kawasan yang merekodkan bacaan IPU baik.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).


Orang ramai boleh merujuk portal apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa.

Jabatan Komunikasi Korporat, Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) pula menyatakan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur2 di Sepang berjalan seperti biasa setakat ini.

MAHB juga tidak menerima laporan mengenai kelewatan atau perubahan laluan penerbangan akibat kualiti udara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori