Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Pertemuan Tertutup Najib Dan...

ALOR SETAR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan...

2 Gay Disebat 85...

JAKARTA - Sebuah mahkamah syariah tempatan di Banda Aceh menjatuhi hukuman sebat 85...

KPT Bangunkan EduData Untuk...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah membangunkan platform EduData bagi membekalkan...

Tahanan Reman Lari Ketika...

KUANTAN - Seorang tahanan reman bagi kes curi, melarikan diri ketika sedang mendapatkan...

80,654 Kes Denggi Di Seluruh Negara Januari – Ogos

KUALA LUMPUR – Sebanyak 80,654 kes demam denggi membabitkan 219 kematian direkodkan di seluruh negara dari Januari hingga Ogos lepas, berbanding hanya 65,672 kes dan 128 kematian untuk tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata situasi itu amat membimbangkan kerana jumlah kes tersebut menunjukkan peningkatan agak ketara.

“Jumlah kes naik 23% manakala angka maut turut naik 5%,” katanya pada Program Gotong Royong Perdana Gempur Aedes peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Teks ucapannya pada majlis pelancaran tersebut di Kem Perdana Sungai Besi, di sini, Sabtu dibacakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Awam, Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman.

Baca: Penawar Demam Denggi Sudah Berada Di Pasaran

Dr. Hilmi berkata kes demam denggi di Kuala Lumpur dan Putrajaya pula mencatatkan 5,203 kes bagi tempoh Januari hingga Ogos berbanding hanya 4,975 kes untuk tempoh sama tahun lalu.

Pada masa sama ujarnya, 26 kematian sudah dicatatkan setakat ini di kedua-dua wilayah berkenaan, berbanding hanya 14 kes bagi tempoh sama tahun lepas.


Dr. Hilmi berkata, antara punca peningkatan itu adalah sikap ambil mudah mengenai pengurusan sampah isi rumah sehingga menjadikannya tempat takungan dan pembiakan nyamuk aedes.

“Masyarakat tempatan perlu berusaha memastikan persekitaran rumah, tempat kerja, sekolah dan lain-lain kawasan adalah bebas daripada pembiakan nyamuk aedes ini,” katanya.

Sementara itu, seramai 1,400 peserta termasuk anggota tentera, polis dan orang awam terbabit dalam program gotong-royong melibatkan sembilan kawasan di dalam dan luar Kem Perdana Sungai Besi. – Agensi/Mynewshub

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori