Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

PAN Umum Calon PRK...

SHAH ALAM - Parti Amanah Negara (PAN) akan mengumumkan calon parti itu bagi...

Peluang Besar Buat Anwar...

KUALA LUMPUR – Pakatan Harapan (PH) sudah pun menamakan Ketua Umum PKR Datuk...

Operasi Banteras Penerokaan Haram...

PETALING JAYA - Operasi membanteras penerokaan tanah dan hutan secara haram di Cameron...

Surat Kebenaran Bekerja Dikeluarkan...

PUTRAJAYA - Surat kebenaran perjalanan untuk bekerja yang dikeluarkan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan...

9 Kawasan Catat Udara Tak Sihat Setakat 2 Petang

KUALA LUMPUR – Kawasan yang mengalami bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat 2 petang tadi berkurang kepada sembilan berbanding 12 pada 9 pagi.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), situasi itu berlaku di dua kawasan di Kedah iaitu Alor Setar dengan bacaan 116 dan Bakar Arang (Sungai Petani)(102).

Bacaan IPU tidak sihat turut direkodkan di Perak iaitu meliputi kawasan Kg Air Putih (Taiping)(105), SK Jalan Pegoh (Ipoh)(108), Seri Manjung (105) selain Kangar, Perlis (110).

Dua kawasan di Selangor mengalami keadaan sama iaitu Pelabuhan Kelang (105) dan Shah Alam (103) manakala kawasan Batu Muda di Kuala Lumpur mencatat bacaan 102.


Kawasan lain di seluruh negara mencatat bacaan IPU baik dan sederhana.

IPU antara 0 dan 50 adalah baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (berbahaya).

Orang ramai boleh merujuk portal http://apims.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • udara

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori