Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

DUKE Kembali ke Kaca...

PROGRAM 30 Minit yang sebelum ini meletup dengan ketrampilan Ustaz Daniyal Don Biajid...

Peniaga Buat Laporan Polis...

Kota Bharu : Seorang peniaga dalam talian mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di...

Artis Angkut 20 Rakan...

KEBIASAANNYA kita hanya akan pergi ke majlis-majlis yang mendapat jemputan sahaja, takkanlah tak...

Tindakan Tegas Terhadap Pentadbir...

Kota Kinabalu : Kepimpinan tertinggi pentadbir sekolah diminta tidak menyembunyikan sebarang kes berkaitan...

9,391 Surat Peringatan Pengasingan Sisa Di Punca Sehingga 8 Sept

KOTA TINGGI – Sebanyak 9,391 surat peringatan dikeluarkan setakat 8 Sept selepas peraturan berhubung pengasingan sisa di punca mula dilaksanakan 1 Sept.

Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata peringatan itu dikeluarkan selepas pemeriksaan dilakukan ke atas 1.4 juta premis di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Pahang, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Kedah dan Perlis.

Beliau berkata meskipun pengasingan bermula secara rasmi awal bulan ini, hasil pemeriksaan ke atas premis terbabit mendapati masih ada yang tidak dapat membiasakan diri dan ada juga yang masih keliru.

“Pengasingan sisa pepejal boleh dilakukan dalam apa juga jenis beg plastik tidak kira warna, asalkan ia diasingkan dan kemudian letakkan di luar untuk pihak konsesi ambil.

“Sekiranya tidak mahu diambil pihak konsesi, sampah tersebut juga boleh dijual sekali gus ia boleh menjadi tabungan dan aktiviti kepada anak-anak kita,” katanya kepada pemberita selepas lawatan kerja projek di Kampung Lukut dan Kampung Sepak Hilir, Kota Tinggi di sini semalam.

Turut hadir Ketua Kampung Lukut Mohd Nor Lawang dan Setiausaha Majlis Daerah Kota Tinggi (MDKT) Mohd Hisam Said.

Halimah, yang juga anggota Parlimen Tenggara berkata, tempoh masa yang diberikan sehingga 1 Jun 2016 diharap dapat membantu masyarakat menyesuaikan diri atau tindakan kompaun akan dikenakan bagi mendidik masyarakat mencintai alam sekitar.

Katanya pengasingan sisa di punca itu juga boleh dijadikan aktiviti Jawatankuasa Perwakilan Penduduk (JPP) yang mempunyai 24 zon dalam kawasan majlis daerah itu.


Beliau berkata semua bahan pepejal yang boleh dikitar semula dalam kawasan zon berkenaan menjadi urusan JPP dan boleh dijual dengan hasil yang diperoleh dimasukkan dalam tabung JPP.

“Saya berharap pihak majlis sudah bersiap sedia dimana dalam pada kita mendidik masyarakat, pihak berkuasa tempatan juga mesti turut bersedia untuk mendidik masyarakat terutama di tempat-tempat awam agar pengasingan tersebut dilakukan,” katanya.

Sementara itu, RM1.52 juta peruntukan disalurkan untuk pelaksanaan projek serta menaik taraf kemudahan sekali gus meningkatkan kualiti hidup penduduk di Kampung Lukut dan Kampung Sepak Hilir dekat sini.

Beliau berkata peruntukan itu diluluskan untuk pelaksanaan projek yang disalurkan pihak kementerian kepada pihak berkuasa tempatan dan majlis daerah. – BERNAMA

 

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori