Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Karya Seni Guna Bulu...

Seorang lelaki menggunakan sepenuhnya kelebihan mempunyai bulu roma yang panjang dan lebat di...

Tawar Khidmat Seks Kepada...

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret di sini...

Aliran Trafik lancar Di...

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara masih lancar...

RoS Sahkan Terima, Lulus...

KUALA LUMPUR – Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) Malaysia hari ini mengesahkan bekas anggota...

Abaikan Isteri Punca Asfan Makan Penumbuk Adik Ipar

SEBELUM ini Mynewshub ada berkongsi kisah penyanyi Asfan Shah, 31, yang mendakwa dirinya ditumbuk oleh adik iparnya, pelakon Bil Azali di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Asfan Shah Mengaku Insiden Ditumbuk Adik Ipar Di KLIA

Menerusi laporan mStar hari ini, Bil atau nama sebenarnya, Mohd Nabil Razali, 23, menjelaskan sebab utama kenapa dia menumbuk dan ‘membelasah’ abang iparnya itu.

Pelakon, Mohd Nabil Razali @Bil Azali

Ini kerana dia sudah tak tahan dengan sikap Asfan yang berlagak seperti lelaki yang masih bujang sehingga mengabaikan isteri serta dua anaknya.

Menurut Bil, dia mengetahui sepatutnya tidak masuk campur dalam urusan rumah tangga Asfan dan kakaknya namun dia mempunyai alasan tersendiri kenapa dirinya bertindak sedemikian.

“Memang betul, saya tidak patut campur tangan dalam urusan rumah tangga mereka, tetapi apabila ada satu kes yang timbul dan tidak diberi penjelasan yang betul kepada keluarga saya, maka saya sebagai seorang adik perlu masuk campur hal mereka.

“Pada mulanya, saya tidak percaya dengan kata-kata orang. Tetapi apabila ada saksi dan bukti yang sahih, saya rasa dia (Asfan) perlu bertanggungjawab. Ini soal hormat, adab, tanggungjawab dan janji yang telah dia langgar. Itu yang buatkan saya geram,” katanya.


Insiden tersebut berlaku pada Sabtu lalu, yang mana Bil dipercayai telah menumbuk Asfan beberapa kali pada bahagian muka dan badan ketika abang iparnya itu sedang menanti kepulangan isteri dan anak-anaknya dari bercuti di Perancis.

“Apabila sudah bergelar suami, buat cara seperti seorang suami. Bukan berangan macam orang bujang. Nak buat perangai jangan sampai kantoi dan apabila saya dapat tahu, faham-fahamlah.

“Nak ada orang ketiga, jangan sampai abaikan isteri dan anak-anak. Sila hormat orang yang telah merestui dia berkahwin dengan kakak saya. Jelaskan perkara yang ditimbulkan. Jangan lari,” katanya lagi.

Harap-harapnya hal keluarga mereka dapat diselesaikan dengan cara baik agar tidak mengeruhkan lagi keadaan dan semoga rumah tangga Asfan baik-baik sahaja ya! – MYNEWSHUB.CC

Asfan – Alasan Untuk Bahagia

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori