Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

TNB Kenal Pasti Modal...

KUALA LUMPUR - TNB akan menyertai Pameran Pendidikan dan Kerjaya Malaysia 2017 di...

Denda RM1,000 Hukuman Ponteng...

TEGAS.... Hukuman denda sebanyak RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan bakal dikenakan terhadap...

Banduan Tidak Seharus Dijemput...

Kehadiran bekas perdana menteri Najib Razak ke sebuah majlis di istana baru-baru ini...

Penghantar Surat Didakwa Pecah...

PETALING JAYA - Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Ahli Jawatankuasa Tak Boleh Dedah Maklumat Siasatan

KUALA LUMPUR – Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengingatkan anggota Jawatankuasa Pilihan Parlimen bahawa mereka terikat di bawah Peraturan Tetap untuk tidak membocorkan apa-apa maklumat atau siasatan sebelum laporan mengenainya dikemukakan kepada Dewan.

Perkara 85 Peraturan-Peraturan Mesyuarat menyatakan bahawa jawatankuasa tidak boleh mendedahkan sebarang maklumat sama ada secara bertulis atau lisan kepada orang luar sebelum ia dibentangkan kepada Parlimen.

“Untuk berbuat demikian adalah tidak adil kepada orang yang mereka siasat. Bagaimana jika siasatan mendapati orang itu tidak bersalah?” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kebocoran transkrip rasmi prosiding siasatan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang diperoleh oleh akhbar The Wall Street Journal (WSJ).

WSJ dalam laporan terbarunya mendakwa bahawa Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah membangkitkan persoalan mengenai pembayaran AS$1.4 bilion daripada 1MDB, yang dikatakan tidak pernah sampai ke syarikat pelaburannya, International Petroleum Investment Co. (IPIC).

Pandikar Amin berkata Parlimen boleh mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli jawatankuasa yang didapati melanggar peraturan tersebut.

Beliau merujuk kepada kes pada Disember 2010 apabila Dewan Rakyat menggantung empat Anggota Parlimen termasuk Anggota Parlimen Gombak, Azmin Ali, daripada menghadiri sidang dewan selama enam bulan kerana membocorkan prosiding Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan, yang mendengar dakwaan terhadap firma perunding antarabangsa, Apco Worldwide.


Pandikar Amin menolak andaian bahawa petugas Parlimen mungkin terbabit dalam membocorkan dokumen tersebut dan berkata tidak perlu untuk menyiasat mereka.

“Bagaimana saya tahu dari mana punca kebocoran itu? Itu urusan (PAC). Selepas itu semua perkara (maklumat) sudah bocor.

“Bagaimana perkara itu berlaku dari Parlimen saya?” katanya sebagai respons kepada gesaan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad supaya beliau menyiasat kakitangannya.

Nur Jazlan, bekas pengerusi PAC, memberitahu sebuah portal berita dalam talian semalam bahawa tiada seorang pun anggota boleh membocorkan transkrip prosiding mesyuarat terakhir jawatankuasa itu kerana tidak seorangpun daripada mereka mempunyai akses kepada dokumen.

Terdahulu, Pandikar menutup Perhimpunan Agung ke-36 Perhimpunan Antara Parlimen ASEAN (AIPA). – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori