Sunday, January 26, 2025

Creating liberating content

JPJ Perlis Saman 10,341...

KANGAR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perlis menyaman 10,341 pemandu kerana melakukan pelbagai...

Amal Dasar Inklusif Dalam...

KUDAT - UMNO mesti terus mengamalkan dasar inklusif sama ada sesama rakan politiknya...

Kes Prabu: Malaysia Hormati...

PUTRAJAYA - Kerajaan Malaysia menghormati kedaulatan undang-undang dan proses sewajarnya oleh Singapura yang...

Ibu Tunggal Dipenjara 14...

KUANTAN - Seorang ibu tunggal dijatuhi hukuman penjara 14 tahun oleh Mahkamah Tinggi...

Aidiladha: AirAsia Nasihat Penumpang Tiba 3 Jam Awal

KUALA LUMPUR – AirAsia menasihatkan penumpang syarikat penerbangan itu supaya tiba awal di lapangan terbang semasa cuti umum Hari Raya Aidiladha tahun ini.

AirAsia dalam satu kenyataan media berkata, langkah tersebut untuk mengelakkan kesesakan kerana bilangan penumpang dijangka lebih ramai pada hujung minggu ini.

“Penumpang disarankan tiba di lapangan terbang sekurang-kurangnya tiga jam sebelum waktu berlepas bagi penerbangan AirAsia dan empat jam sebelum penerbangan AirAsia X.

“Mereka juga digalakkan untuk melakukan daftar masuk sendiri melalui laman web, mudah alih atau kiosk daftar masuk bagi kemudahan perjalanan di lapangan terbang,” kata kenyataan itu hari ini.

AirAsia memaklumkan perkhidmatan daftar masuk sendiri menerusi laman web, mudah alih dan kiosk disediakan bermula dari 14 hari hingga satu jam sebelum waktu berlepas bagi kesemua penerbangan AirAsia dan sehingga 4 jam sebelum pelepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia X.

Kata kenyataan itu, penumpang juga diingatkan hanya satu bagasi kabin dibenarkan dengan berat yang tidak melebihi 7kg dengan dimensi tidak melebihi 36cm (Tinggi) x 23cm (Lebar) x 56cm (Luas).


“Kesemua tetamu digalakkan untuk pra-tempah bagasi yang mencukupi dan jimat lebih dari 88% peratus atau guna fungsi ‘Urus Tempahan Saya’ di airasia.com bagi menambah lebih banyak jumlah bagasi sehingga empat jam sebelum dari waktu pelepasan,” kata kenyataan itu.

Selain itu, AirAsia meningatkan kaunter daftar masuk bagasi tutup satu jam sebelum waktu pelepasan bagi kesemua penerbangan AirAsia dan AirAsia X.

“Kesesakan juga dijangka akan berlaku di kaunter pengimbas bagasi, pelepasan bagasi dan kaunter Imigresen bagi cuti panjang hujung minggu ini, adalah dinasihatkan bagi melengkapkan proses daftar masuk bagasi dan terus ke pintu pelepasan seawal yang mungkin,” tambah kenyataan itu.

Sementara itu, AirAsia mengingatkan penumpang dengan tempahan secara berkumpulan, kekurangan kebolehan bergerak atau memerlukan bantuan istimewa hanya boleh mendaftar masuk menerusi kaunter sahaja dan perlu hadir lebih awal bagi menyelesaikan kesemua formaliti perjalanan. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori