Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Himpunan ‘Baju Merah’ Sah...

JAUH berbeza daripada perhimpunan haram Bersih 4.0, sebaliknya "Himpunan Rakyat Bersatu" mendapat pujian...

Kerajaan Beri Yang Terbaik...

PUTRAJAYA: Pemilihan vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech dibuat selepas mendapat pandangan daripada pakar dan...

Selangor Buat Bengkel Bincang...

SHAH ALAM - Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan bengkel khas awal tahun depan...

Penarik Kereta Tak Mengaku...

KUANTAN - Seorang pemilik trak tunda mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Aktiviti Ibadat Di Masjidil Haram Berjalan Seperti Biasa

MAKKAH – Aktiviti ibadat di Masjidil Haram berjalan seperti biasa dengan jumlah jemaah haji dilihat semakin ramai memenuhi kota Suci Makkah bagi melakukan ibadat tawaf dan saie, menjelang 10 hari lagi untuk berwukuf di Arafah yang dijangka 22 Sept ini.

Wukuf merupakan rukun utama dalam ibadat haji.

Kawasan saie, tempat berlakunya tragedi kren tumbang yang mengorbankan lebih 100 jemaah semalam, dibuka seperti biasa untuk jemaah menunaikan ibadat saie iaitu berlari-lari anak pergi balik dari bukit Safa ke bukit Marwah.

Tinjauan Bernama mendapati umat Islam menunaikan tanggungjawab mereka untuk melakukan umrah dan bersolat waktu seperti biasa di Masjidil Haram, yang giat dalam proses pembesaran.


Seramai 279 jemaah Malaysia yang baru tiba menerusi KT52 dari Kuala Lumpur di Jeddah semalam, turut menunaikan umrah hari ini.

Menurut kenyataan Tabung Haji, setakat ini jemaah haji Malaysia yang berada di Makkah ialah sebanyak 18,109 orang. – BERNAMA

https://youtu.be/auh24SZPJa8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori