Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Kontroversi Dodgeball: KBS Jumpa...

GEORGE TOWN – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil maklum kontroversi gangguan seksual...

Najib Sindir Menteri PN

Dari Facebook Najib Razak3 minggu dahulu, saya tak dapat masuk tidur sebab bimbang...

Kerajaan Campuran Bukan Fokus...

PETALING JAYA - UMNO-PAS yang menandatangani Piagam Muafakat Nasional Sabtu lalu belum membincangkan...

256 Samseng Jalanan Ditahan

GEORGE TOWN - Seramai 256 'mat rempit' ditahan polis dalam operasi membanteras samseng...

Alcatel OneTouch Flash 2 Bakal Dilancarkan Pada 22 September

ALCATEL telah memperkenalkan telefon pintar dibawah keluarga OneTouch Flash pada tahun lepas, dan kini mereka dalam persiapan untuk memperkenalkan versi terbaru untuk telefon pintar berkenaan, dikenali sebagai Alcatel OneTouch Flash 2.

Pihak Alcatel menjadualkan tarikh 22 September 2015 ini untuk melancarkan telefon pintar berkenaan, dan ia akan disiarkan melalui web secara rasmi.

Menurut maklumat daripada portal Amanz, pihak Alcatel turut mengatakan mereka akan hadir dengan beberapa teaser untuk pelancaran produk ini sepanjang minggu ini sehingga tarikh pelancaran berkenaan.

Melalui gambar yang dikongsikan hari ini, Alcatel memperlihatkan Alcatel OneTouch Flash 2 akan membawakan skrin bersaiz 5-inci, disamping mereka menggunakan tema The Power of Green.


Sebelum ini, ketika pengenalan OneTouch Flash, mereka memasarkannya sebagai peranti pesaing Galaxy Note. Tetapi, kini dengan menggunakan skrin bersaiz 5-inci, mungkin fokus pemasaran mereka agak berbeza.

Sama-sama kita nantikan minggu depan untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh Alcatel. – MYNEWSHUB.CC

Sumber: Alcatel

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori