Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

60 – 70 Penagih...

KUALA LUMPUR - Secara purata antara 60 dan 70 orang di negara ini...

PAS Konsisten Bentuk Kerajaan...

KOTA BHARU - PAS membayangkan parti itu mempunyai peluang terlibat dalam pembentukan kerajaan...

Toyota Motor Corporation Sah...

KLANG - Toyota Motor Corporation Japan merancang melabur RM2 bilion untuk membina kilang...

10 GRO Warga Asing...

GEORGE TOWN - Sepuluh wanita warga asing dipercayai pelayan pelanggan (GRO) serta tujuh...

Ali Tinju Dilepas Dan Dibebas Dari Pertuduhan Menghasut

KUALA LUMPUR – Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd Ali Baharom dilepas dan dibebas oleh Mahkamah Sesyen di sini daripada pertuduhan menyebut perkataan menghasut ketika insiden pergaduhan di Plaza Low Yat, Julai lepas.

Hakim Azman Mustapha membuat keputusan itu semalam selepas Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim menarik balik pertuduhan terhadap Mohd Ali, 44, atau lebih dikenali ‘Ali Tinju’.

Mohd Ali didakwa menyebut lima ayat yang berbentuk provokasi perkauman di hadapan bangunan plaza berkenaan, Jalan Bulan 1, Off Jalan Bukit Bintang, di sini pada pukul 8.30 malam, 12 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta yang sama, membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohd Ali diwakili peguam R.K.Savan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori