Monday, January 27, 2025

Creating liberating content

Hentam Mufti KL Haramkan...

APLIKASI permainan popular, Pokemon Go yang kini menjadi fenomena di serata dunia telah...

MIC Lancar Tabung Kemanusiaan...

KUALA LUMPUR - MIC menyeru semua pihak menyalurkan sumbangan berbentuk kewangan dan barangan...

Penghantar Surat Didakwa Pecah...

PETALING JAYA - Seorang penghantar surat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di...

Inisiatif Felda 2.0 Ubah...

BENTONG – Inisiatif Felda 2.0 yang bakal dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib...

Aliran Trafik Di Lebuh raya Utama Semakin Perlahan

KUALA LUMPUR – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama seluruh negara dilaporkan perlahan setakat 11 pagi ini berikutan orang ramai mulai pulang daripada cuti bersempena sambutan Aidiladha.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Lebuhraya Plus Expressways Sdn Bhd berkata trafik sibuk di Lebuhraya Utara-Selatan dari arah utara mulai Permatang Pauh menuju Prai, Changkat Jering ke Bukit Berapi, Kuala Kangsar ke Terowong Menora, Ipoh ke Gopeng dan Tapah ke Sungkai.

“Namun bagi arah selatan pula, aliran trafik menuju ke ibu negara masih lagi lancar dan tiada kemalangan dilaporkan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata pertambahan kenderaan menyebabkan aliran trafik perlahan sebelum dan selepas Plaza Tol Kuala Terengganu di Lebuhraya Pantai Timur 2 serta dari Plaza Tol Bentong menuju ke Bukit Tinggi.


Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori