Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

20 Maut Serangan Udara...

BALTULMAQDIS - Sekurang-kurangnya 20 orang awam terbunuh termasuk sembilan kanak-kanak dan seorang komander...

Donald Trump Umum Tarik...

WASHINGTON - Donald Trump berkata beliau akan menarik diri daripada perjanjian perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik...

Boeing 737 Max Buat...

KUALA LUMPUR - Boeing 737 MAX 8 melakar kejayaan penting selepas menyelesaikan ujian...

1/3 Kanak-kanak AS Ada...

WASHINGTON DC - Satu laporan dari Pusat Dasar Keganasan Amerika Syarikat (AS) mendakwa...

‘All The Best’ – Ucap Edry Bila Che Ta Tarik Diri Dari AF

INDUSTRI seni baru-baru ini heboh dengan penarikan diri pelakon dan pengacara Rozita Che Wan selaku juri tetap program realiti Akademi Fantasia (AF).

BACA: Diherdik Edry, Che Ta Umum Tinggalkan AF 2015

Masalah ini dikatakan berpunca dek kerana Rozita atau Che Ta tidak puas hati dengan sikap tidak profesional pengetua AF 2015, Edry Abdul Halim yang bertindak mengherdiknya selepas dia mengkritik persembahan pelajar.

Diherdik-Edry-KRU-Che-Ta-Nekad-Tinggalkan-AF-2015-ROTIKAYA-700x466

Rentetan itu, Edry meminta semua pihak agar tidak mengaitkan isu tersebut sebagai masalah peribadi.

Jelasnya, selaku pengetua dia berhak untuk mempertahankan pelajar #AF2015 dari sebarang kritikan yang tidak membina.

“Saya tak nak mahu isu ini jadi isu peribadi, itu hak Che Ta dan saya tidak ada masalah dengan dia.

“Cuma saya tidak berapa gemar cara dia mengkritik kerana bagi saya itu bukanlah kritikan yang membina.

“Sebagai contoh minggu lalu tentang kritikan terhadap Rachel, bagaimana kita nak ubah ‘slang’ Rachel sedangkan orang tahu perkara itu agak sukar untuk dibuat?


“Dah masuk minggu ketujuh, saya rasa tidak perlu lagi ada kritikan-kritikan tak membina seperti itu,” jelasnya kepada Astro Gempak.

Sementara itu, Edry turut meluahkan rasa tidak bersetuju dengan dakwaan Che Ta yang menganggap dirinya sebagai seorang yang emosi dan tidak profesional.

Bagi Edry, dia boleh terima kritikan dengan terbuka asalkan dapat bantu tingkatkan prestasi pelajar.

Pada masa yang sama, Edry menyifatkan keputusan yang diambil Che Ta adalah terbaik memandangkan aktres jelita itu tidak tahan tekanan.

“Saya rasa itu adalah demi kebaikan dia juga, mungkin dia tidak tahan dengan tekanan yang diberikan sebagai pengkritik.

“Saya faham ini bukan bidang dia dan jika itu keputusannya, saya hormati dan ‘all the best’ untuk Che Ta.

“Andai kata diberikan pengkritik yang baru kalau boleh saya mahu yang terbaik,” ujarnya. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=-0l-mVrFuKM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori