Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Penjawat Awam Hadapi 33...

KOTA KINABALU - Seorang penjawat awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Dokumentari Baharu MH370 Dedah...

SYDNEY - Sebuah dokumentari terbaharu mendakwa berjaya menjejaki 'wanita misteri' yang dapat membongkar...

Kalendar Papar Aksi Seksi...

KEBIASAANNYA, kita hanya melihat koleksi kalendar yang penuh dengan gambar model wanita yang...

Koronavirus: China Tutup Bandar...

SELEPAS Wuhan, China menutup satu lagi bandar di negara itu ketika angka korban...

Parti Amanah Tolak Ketuanan Melayu-Islam

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (Amanah) menolak ideologi ‘nasionalisme Muslim’ atau semangat ketuanan Melayu-Islam yang mengkhususkan Islam hanya untuk kaum tertentu sahaja.

Presiden penaja Amanah, Mohamad Sabu berkata, parti baharu pimpinannya itu lebih bersifat terbuka dan mengamalkan konsep toleransi dengan semua kaum tanpa membataskan agama.

“Sangat mengelirukan jika konsep politik Islam bergandingan dengan NGO atau parti politik yang mengangkat agenda dan fahaman Melayu-Islam.

“Lebih parah jika konsep ketuanan bangsa ini menganggap kaum yang berlainan budaya dan agama sebagai musuh,” katanya ketika menyampaikan Pidato Presiden pada pelancaran Amanah di sini, Rabu.

Menurut Mohamad, konsep ketuanan Melayu-Islam sering memberi gambaran seolah-olah Islam atau Melayu sentiasa ditekan oleh kaum dan penganut agama lain.


“Kononnya negara akan dikristiankan dan kaum Cina berpakat untuk menjatuhkan kuasa politik Melayu. Lantas diserunya kesatuan Melayu bagi menyelamatkan masa depan Melayu.

“Perlu ditegaskan bahawa Islam mesti ditampilkan sebagai sebuah sistem untuk memberi keadilan dan kesejahteraan merentasi kaum, agama dan budaya,” katanya. – mStar Online

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori