Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

AirAsia Kembali Menawarkan Kempen...

KUALA LUMPUR - AirAsia Bhd dan AirAsia X Bhd kini menawarkan diskaun 20...

Peguam Cabar Nasihat Lembaga...

KUALA LUMPUR - Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz, memfailkan saman terhadap Lembaga...

Seteru Dengan Dr Mahathir...

KUALA LUMPUR – Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan perseteruan beliau dengan...

ToR Pastikan Hubungan Tentera...

BANGKOK - Tentera Darat Malaysia dan Tentera Darat Diraja Thailand akan mengembangkan lagi...

Anak Muda Di Universiti Kembali Menyokong Kerajaan

KEPUTUSAN pilihan raya kampus institusi pengajian tinggi awam (IPTA) kini berpihak kepada kumpulan penyokong kerajaan atau dikenali Pro-Aspirasi (Pro-A) apabila mencatatkan kemenangan besar di seluruh negara.

Kemenangan yang cukup memeranjatkan itu sekali gus memberi tamparan hebat kepada kumpulan mahasiswa pro-pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai Pro-Mahasiswa (Pro-M) apabila dilaporkan kalah teruk.

Ia secara tidak langsung membuktikan sokongan mahasiswa di universiti awam utama di Malaysia terhadap calon Pro-A pada masa kini jauh lebih memberangsangkan malah di luar dugaan pelbagai pihak khasnya Pro-M sendiri.

Berdasarkan keputusan yang kami terima sehingga lewat malam Khamis, kumpulan Pro-A berjaya menguasai tempat di tujuh buah IPTA utama, manakala Pro-M setakat ini gagal mendapat majoriti di mana-mana universiti.

Antara universiti yang mencatatkan kemenangan besar Pro-A ialah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Sultan Zainal Abidin (UNISZA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Malaya (UM).

Berikut carta keputusan di IPTA berkenaan:

Screen Shot 2015-09-18 at 8.54.20 PM

Untuk rekod, bagi penggal 2015/2016, mahasiswa Pro-A menang 26 daripada 31 kerusi di UKM, 34 daripada 40 kerusi di UM, 28 daripada 46 kerusi di USM, 12 daripada 23 kerusi di UIAM dan 23 daripada 29 kerusi di UPSI.

Manakala di kubu kuat di UiTM, Pro-A mencatatkan kemenangan bergaya apabila ‘menyapu bersih’ kesemua 48 kerusi malahan rekod sama turut dilakar di UNISZA apabila Pro-A menang di keseluruhan 28 kerusi ditawarkan.

Kali terakhir Pro-A menguasai sebahagian besar IPTA ialah pada 2006 lalu dan selepas itu, kumpulan tersebut hanya menawan universiti awam di luar Lembah Klang khasnya negeri-negeri diperintah Barisan Nasional.


Ramai penganalisis melihat keputusan amat memeranjatkan itu sebagai isyarat ‘pengundi atas pagar’ mula bersuara sokong calon Pro-A dan menolak politik kebencian yang disemai oleh Pro-M terhadap kerajaan Malaysia.

Himpunan haram Bersih 4.0 berlangsung menjelang Hari Kebangsaan juga menyebabkan ramai pelajar ‘majoriti senyap’ turun mengundi sebagai tanda bantahan atas kebiadapan peserta demonstrasi pro-pembangkang itu.

Bertambah menarik, kejayaan ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ pada sambutan Hari Malaysia 16 September dikatakan telah menarik ramai pelajar Melayu yang biasanya ‘malas’ mengundi berubah menunaikan tanggungjawab mereka.

Sekadar maklumat, pilihan raya kampus tahunan di semua 20 buah universiti awam di Malaysia pada kali ini berlangsung sepanjang September dan tujuh IPTA berkenaan dianggap indikator gambaran politik Malaysia.

Lazimnya jika pemilihan di UM dan USM, keputusan itu menjadi petunjuk pola pengundian masyarakat bandar, sementara UiTM, UIAM dan UKM pula merujuk kepada corak kecenderungan pengundi kawasan Melayu.

Baki IPTA lain dijangka ada pilihan raya kampus sebelum akhir bulan ini iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Pahang (UMP), Universiti Malaysia Sabah (UMS), Universiti Malaysia Sarawak (Unimas).

Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori