SALAH seorang ahli kumpulan S Club 7, Rachel Stevens dikecam hebat kerana meninggalkan dua anaknya dalam kereta secara bersendirian di London, baru-baru ini.
Difahamkan, Rachel keluar meninggalkan anak-anaknya untuk membeli-belah.
Anaknya, Amelie, 4, dan Minnie, 1, kelihatan bermain-main dalam kenderaan penyanyi itu sepanjang ketiadaan ibu mereka.
Britain tidak mempunyai undang-undang untuk mendakwa ibu bapa yang cuai meninggalkan anak mereka dalam kenderaan tanpa pengawasan orang dewasa.
– MYNEWSHUB.CC
https://www.youtube.com/watch?v=C53RrAZAuxM