Wednesday, January 22, 2025

Creating liberating content

Penterjemah 24 Jam Bantu...

JEMAAH haji tidak akan alami masalah untuk faham bahasa Arab kerana adanya pasukan...

Salleh Nasihat Tun M...

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak...

Sokong Daesh: Lelaki Indonesia...

KUALA LUMPUR - Seorang tukang jahit warga Indonesia hari ini dihukum penjara lapan...

2 Beranak Melecur Dalam...

LAHAD DATU - Dua beranak melecur apabila rumah yang didiami mereka di Kampung...

Anggota Tentera Ditamatkan Perkhidmatan Jika Terlibat IS

KUALA LUMPUR – Anggota tentera yang didapati bersalah terlibat dengan aktiviti kumpulan militan IS, akan ditamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM memandang serius ancaman yag dibawa IS, dan memberi amaran kepada setiap pegawai dan anggotanya supaya tidak terbabit dengan kumpulan itu.

“ATM telah mengambil pelbagai langkah untuk mengukuhkan sifat jati diri dalam kalangan anggota supaya terhindar daripada terperangkap dalam dakyah IS terutamanya melalui media sosial,” katanya pada sidang media selepas menghadiri perbarisan sempena Hari ATM Ke-82 di Kem Perdana Sungai Besi di sini, hari ini.

Pada Selasa, dua komando dari Kem Rejimen 21 Komando Sungai Udang, Melaka didakwa di Mahkamah Majistret Kota Tinggi atas pertuduhan menggalakkan keanggotaan IS.


Mohd Zuraidi Shafiq Zulkeflee, 27, dan Muhammad Adibzakir Zahri, 28, didakwa menggalakkan keanggotaan dalam kumpulan militan itu di Markas 21 Grup Gerak Khas, Kem Iskandar, di Mersing pada Ogos 2014.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 130G(b) Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • IS

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori