SEEKOR anak anjing yang dibiarkan oleh tuannya, menjadi kurus dan terpaksa makan kotak kerana kelaparan.
Anak anjing itu juga, mengalami masalah pernafasan dan disebabkan terlalu kurus, pihak berkuasa sukar meneka baka asal binatang berkenaan.
Tuannya, Michelle Brown, 28, telah membuang anjing yang dikenali sebagai Narla, berusia tujuh bulan itu di dalam tong sampah.
Disebabkan keadaan Narla yang begitu teruk, veterinar terpaksa mengorbankannya.
Namun mikrocip pada anjing itu berjaya mengesan Brown yang kemudiannya mengaku gagal menjaga anjing terbabit.
Menurut Brown, dia terpaksa menjaga pasangannya yang mengalami cerebral palsy dan berdepan dengan masalah kemurungan, menyebabkan dia mengabaikan binatang peliharaannya itu.
Susulan itu, Brown diharamkan daripada memelihara haiwan dan dikenakan hukuman penjara 12 minggu, namun ia ditangguhkan. – MYNEWSHUB.CC