Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Zarina Anjoulie Tuntut Pampasan...

PELAKON, Zarina Anjoulie Lavocah menuntut permohonan maaf dan pampasan sebanyak RM4 juta daripada...

Peguam Mesir Saman Sergio...

EKORAN kecederaan yang menimpa bintang bola sepak Mesir, Mohamed Salah, seorang peguam dari...

MH17: Keadaan Cuaca Tidak...

Upacara rasmi penghormatan terhadap jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17...

Nahas Helikopter: Ahli Keluarga...

SEORANG ahli keluarga Aidana Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur bagi...

APMM Laksana Urusan Babit Penangkapan Di Jeti-Jeti

KUALA SANGLANG – Segala urusan membabitkan penangkapan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan dilakukan selepas ini hanya di jeti-jeti – tidak lagi di kawasan perairan sebagaimana dipraktikkan ketika ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim, prosedur baru itu bertujuan mempertingkatkan lagi aspek ketelusan penguatkuasaan agensi itu.

“Kita mahukan penguatkuasaan kita dilakukan secara telus dan untuk tujuan itu semua urusan penangkapan akan dibawa ke jeti-jeti dan kita tidak berunding di laut. Bila tangkap, bawa ke jeti dan segala urusan akan dilakukan di jeti,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri program Sahabat Maritim Mega di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di sini, yang turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Lojistik) APMM Laksamana Muda Maritim Datuk Che Hassan Jusoh.

Menurut Shahidan, APMM berhadapan dengan pelbagai tuduhan oleh pihak-pihak tertentu berikutan tindakannya pada ketika ini yang melakukan penangkapan pesalah di kawasan perairan.


“Jikalau diselesaikan (urusan penangkapan) di laut, orang akan tuduh APMM macam-macam, ada yang mengatakan ada urusan ‘under counter’ dan sebagainya,” kata beliau.

Sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, beliau bertanggungjawab terhadap urusan APMM.

Disebabkan perairan negara kaya dengan sumber perikanan, ia sering dicerobohi oleh bot-bot nelayan asing yang sanggup berlayar ribuan kilometer, katanya.

APMM menurutnya, akan terus meningkatkan usaha menjaga perairan negara daripada dicerobohi oleh nelayan asing bagi melindungi sumber mata pencarian nelayan tempatan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • APMM

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori