Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Najib, Keluarga Dibenar Periksa...

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Tun...

KWSP Perkenal Akaun Emas...

KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memperkenalkan Akaun Emas untuk...

Kertas Siasatan Banglo ‘Murah’...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka kertas siasatan berhubung...

Rahim Thamby Chik Ancam...

PETALING JAYA - Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik mengancam untuk mengambil tindakan...

APMM Selamat Mangsa Bot Karam Di Pulau Mataking, Semporna

TAWAU – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya menyelamatkan seorang mangsa bot karam di perairan Pulau Mataking, Semporna dekat sini hari ini.

Ketua Penguatkuasa APMM Tawau Kapten Anor Jaafar berkata pasukan peronda yang sedang melakukan rondaan di kawasan berkenaan menjumpai seorang lelaki terapung dan sedang berpaut pada tong minyak kira-kira 6.42 pagi.

“Siasatan awal mendapati mangsa Upal Kadik, 30-an, keluar memancing di kawasan perairan Pulau Mataking kira-kira 10 malam tadi. Bot dinaiki mangsa dipercayai rosak sebelum karam,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata mangsa dibawa ke Hospital Semporna bagi mendapatkan rawatan dan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Maritim Malaysia, Semporna untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Anor meminta orang ramai yang terlibat dalam sebarang kejadian kecemasan semasa berada di laut agar menghubungi talian MERS 999 atau Pejabat Operasi Maritim Malaysia Tawau di talian 089-752115. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori