Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

MRT Phileo Damansara Rosak,...

KUALA LUMPUR : Rapid Rail Sdn Bhd memohon maaf di atas kesulitan yang...

‘Gelombang Merah’ Di Stadium...

KUALA LUMPUR - Lebih 100,000 anggota UMNO memasuki Stadium Nasional Bukit Jalil sehingga...

Hasil Pendapatan Program MKMF...

REMBAU - Hasil pendapatan yang diperoleh usahawan Program My Kampung My Future (MKMF)...

Penganjur Dakwa Nothing2hide Batal...

KUALA LUMPUR: Kehadiran tanpa diundang Tun Dr Mahathir Mohamad ke dialog Nothing2Hide mendorong...

APMM Tahan 2 Bot Nelayan Langgar Syarat Lesen

ALOR SETAR – Maritim Malaysia (APMM) menahan dua bot nelayan kelas A jenis ‘bot tangguk siput retak seribu’ di pantai Kuala Kedah kerana melanggar syarat lesen perairan pantai tersebut, semalam.

Ketua Penguatkuasa Pangkalan Maritim Kuala Kedah, Lt. Komander Maritim, Ahmad Kamal Mohd. Noor berkata, APMM mengesan dua bot nelayan yang mencurigakan pada pukul 11.55 pagi sebelum berjaya menahan bot terbabit lima minit kemudian.

“Bot berjaya ditahan pada jarak 1.6 batu nautika dari pantai Kuala Kedah dan kita telah menahan enam warga tempatan yang berumur antara 18 dan 55 tahun,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Kamal berkata, hasil pemeriksaan mendapati waktu operasi di dalam permit salah satu bot yang ditahan meragukan manakala sebuah lagi telah beroperasi melebihi masa yang dibenarkan.


Katanya, bot yang ditahan kemudian ditunda ke Pangkalan Maritim Kuala Kedah untuk siasatan dan pendakwaan.

“APMM memandang serius aktiviti penggunaan pukat tunda di kawasan penangkapan di Zon A kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk terhadap ekosistem di perairan negara,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori