NAMPAK gaya, musim pasangan bintang di Hollywood mengakhiri ikatan perkahwinan mereka masih belum berakhir.
Mengikut jejak langkah pasangan Ben Affleck dan Jennifer Ganner serta pasangan Gwen Stefani dan Gavin Rossdale yang berpisah selepas bertahun-tahun berkahwin, kini penyanyi genre pop/rock, Avril Lavigne pula menemui jalan mati dalam rumah tangganya.
[BENNIFER AKHIRNYA BERCERAI SELEPAS 10 TAHUN BERKAHWIN]
[SETELAH 13 TAHUN..GWEN STEFANI, GAVIN ROSSDALE AKHIRNYA BERCERAI]
Menerusi laman sosial Instagram Avril, 30, telah membuat pengumuman bahawa dia dan suaminya, Chad Kroeger akan berpisah selepas 2 tahun berkahwin.
https://instagram.com/p/7I5TTpo4M0/?taken-by=avrillavigne
Chad Kroeger, 40, yang juga seorang penyanyi serta tonggak utama kumpulan Nickelback telah berkahwin dengan pelantun lagu Complicated itu pada Julai 2013.
Bagaimanapun punca mereka membuat keputusan untuk berpisah masih lagi tidak didedahkan oleh mana-mana pihak. – MYNEWSHUB.CC
Avril Lavigne berpisah dengan Chad Kroeger selepas 2 tahun berkahwin.
https://www.youtube.com/watch?v=AC3XKyn3HPs
Antara lagu popular Avril Lavigne, Wish You Were Here.