Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Nicol Tewas Pusingan Pembukaan...

KUALA LUMPUR - Ratu skuasy negara Datuk Nicol David mengalami kekalahan besar dalam...

Melaka United Beri Ruang...

MELAKA - Pemain sayap, R Gopinathan perlu mendapat pelepasan dari Selangor seandainya mahu...

SPR Mesyuarat Esok Tentu...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada 10 pagi...

Bom Pada Kereta Siti...

PETALING JAYA – Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain menyifatkan penemuan objek...

Bacaan IPU Di Pontianak Cecah Lebih 1,000

JAKARTA – Pencemaran udara di Kota Pontianak, Kalimantan Barat kini dilaporkan sangat tidak sihat dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) telah mencecah lebih daripada 1,000 pada pukul 2 petang Rabu.

Menurut laman web rasmi Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofiska www.bmkg.go.id setakat ini pencemaran udara di kota itu adalah yang terburuk di seluruh Indonesia.

Bagaimanapun, pihak berkuasa tempatan di bandar raya terbesar pulau Borneo itu masih belum lagi mahu mengisytiharkan darurat seperti yang berlaku di Riau, pada Selasa.

Pencemaran udara di Pekanbaru, Riau dilaporkan semakin menurun walaupun masih berada di tahap sangat tidak sihat dengan bacaan IPU antara 250 dan 300 pada petang ini.

Menurut laporan stesen televisen tempatan Metronews, beberapa saksi memberitahu jarak penglihatan di beberapa kawasan Pontianak tidak sampai 100 meter dan kebanyakan penduduk hanya tinggal di rumah.


Jerebu di kawasan itu berpunca daripada kebakaran hutan dan ladang di beberapa kawasan di wilayah Kalimantan Barat dan ia juga dilaporkan telah merebak ke Malaysia dan Singapura.

Pasukan Tentera Nasional Indonesia sedang membantu memadamkan kebakaran hutan di wilayah itu. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori