Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Noh Tegur Selangor Roboh...

SUBANG JAYA - Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh...

IKEA Nafi Ada Jual...

LONDON -  Gergasi gedung perabot terkemuka dunia, IKEA menafikan pernah menjual berus jamban...

Polis Sabah Lupus Barang...

KOTA KINABALU - Polis Sabah melupuskan sebanyak 6,185 barangan elektronik berkaitan judi siber...

Johor Giat Pencarian Atlet...

JOHOR BAHRU : Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) kini sedang rancak melakukan persiapan...

Banjirkan Terowong Kekang Kegiatan ‘Pengganas’

SINAI – Tentera Mesir membanjirkan terowong yang didakwa digunakan untuk menyeludup di sempadan Gaza-Mesir di Rafah kelmarin.

Ia didakwa sebahagian usaha pihak berkuasa negara itu untuk mengekang kegiatan ‘pengganas.’

Kerajaan Mesir berkata, terowong itu, dari Sinai ke Semenanjung Gaza digunakan oleh kumpulan militan untuk menyeludup senjata antara wilayah Palestin yang terkepung itu.

Tentera mengepam air dari Laut Mediterranean ke dalam paip bawah tanah terowong merentas sempadan itu dalam usaha menghalang penggunaannya sama sekali.

Mesir mula mengumumkan rancangan membanjirkan kawasan itu sebulan lalu dan kini merancang mengubahnya menjadi 18 kolam ternakan ikan di sepanjang sempadan 13 kilometer dengan Gaza itu.


Semenanjung Gaza yang dikuasai Hamas dikepung oleh Mesir dan Israel sejak 2007, kononnya untuk menghalang kumpulan militan di Semenanjung Sinai mengimport senjata.

Semenanjung Sinai ialah kubu kumpulan militan yang ada hubungan dengan Negara Islam (IS).

Bagaimanapun, penduduk Sinai berkata, mereka bergantung kepada perdagangan secara menyeludup menerusi terowong itu untuk hidup kerana tidak dipedulikan kerajaan Mesir sejak sekian lama.

Kerajaan Mesir kini dilapor menguatkuasakan undang-undang menghukum penjara seumur hidup ke atas mereka yang didapati bersalah kerana menyeludup. – Agensi/myMetro Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori