Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Dewan Rakyat: Ismail Sabri...

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta kerajaan...

Ibadah Umrah Dibenarkan Semula...

KUALA LUMPUR : Kabinet hari ini memutuskan untuk membenarkan semula umat Islam mengerjakan...

Pasar Keramat Terbakar Lagi

PETALING JAYA : Pasar Keramat di Kampung Datuk Keramat dekat sini, terbakar lagi,...

Pusat Urut Tawar Khidmat...

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyerbu sebuah pusat urut lelaki...

Bapa Penyanyi ‘Sakitnya Tuh Disini’ Meninggal Dunia

TEMPOH hari lalu, kami ada melaporkan berita mengenai bapa kepada penyanyi Indonesia, Cita Citata yang terlantar di hospital akibat penyakit kronik.

Nampaknya, kepiluan terus melanda hati penyanyi lagu Sakitnya Tuh Disini apabila bapanya disahkan meninggal dunia Isnin lalu berikutan serangan kanser.

Berita sedih itu dimaklumkan oleh Cita sendiri menerusi laman Instagram baru-baru ini.

“Ayah sekarang sudah tidak menderita menahan sakit lagi. Semoga roh ayah tenang di syurga. Cita sayang ayah,” tulis Cita.

Bapa Cita iaitu Herdi Suwito yang merupakan seorang bekas pengusaha kasut dikatakan sudah lama menderita penyakit barah dan dirawat di sebuah hospital di Bandung sejak tiga bulan lalu.


Susulan berita pemergian ayahnya, Cita yang sibuk dengan jadual seninya telah menangguhkan persembahannya di Pontianak, Kalimantan dan bergegas pulang ke Bandung untuk memberikan penghormatan terakhir.

1-1-12 (1)

Cita menjadi terkenal di Indonesia dan Malaysia selepas lagunya Sakitnya Tuh Disini menjadi ‘siulan’ ramai termasuk di stesen-stesen radio tempatan.

Dia yang sinonim dengan penampilan seksinya pernah mengejutkan ramai dengan kisah peribadinya mengenai status jandanya ketika berusia 18 tahun. – MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori