Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

4 Polis Maut, 14...

ISTANBUL - Empat anggota polis maut manakala 14 lagi cedera dalam satu letupan...

Bulan Usahawan Siswa 2018...

JOHOR BAHRU - Sebanyak RM1.2 juta hasil jualan berjaya dikutip sempena Bulan Keusahawanan...

Sayu: Bayi 16 Hari...

BARU-BARU ini tular kisah seorang bayi berusia 16 hari dilarikan seekor monyet ketika...

Tak Wajar Selangor Dinafi...

ARAU - Tindakan kerajaan negeri Selangor tidak membenarkan Stadium Shah Alam digunakan sebagai...

Bayar Bil U Mobile Di 7-Eleven

KUALA LUMPUR – Pengguna telekomunikasi U Mobile kini boleh membayar bil mereka di lebih 1,800 cawangan 7-Eleven di seluruh negara.

U Mobile dalam satu kenyataan memberitahu, pembayaran bil di 7-Eleven itu boleh dilakukan pada setiap hari dan bila-bila masa.

“Bermula hari ini, selain daripada pendaftaran prabayar dan pembelian kad tambah nilai, para pelanggan pasca bayar U Mobile mempunyai pilihan untuk membayar bil mereka pada bila-bila masa di cawangan 7-Eleven yang terdekat.

“Matlamat utama inisiatif ini untuk memberi lebih fleksibiliti serta kemudahan kepada para pelanggan kami untuk membuat bayaran,” kata kenyatan itu hari ini.


Menurut kenyataan itu, pelanggan U Mobile cuma perlu menunjukkan penyatan bil, cetakan e-bil atau paparan skrin bagi kod bar kepada juruwang 7-Eleven untuk membuat bayaran.

Mereka bagaimanapun diingatkan supaya mendapatkan resit bayaran untuk rujukan dan bayan boleh dilakukan bagi akaun aktif, digantung dan dinyahaktif. – MYNEWSHUB.CC

  • Lagi berita berkaitan:
  • Bil

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori