Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Mayat Lelaki Ditemui Lemas...

IPOH - Seorang lelaki yang dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Perak ketika sedang...

JPNT Benar Pelajar Terjejas...

Kuala Terengganu: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) memberi kelonggaran kepada pelajar yang terjejas...

Majikan Terkejut Orang Gaji...

SEORANG majikan dari Singapura tidak menyangka sepanjang ketiadaannya di rumah, pembantu rumahnya tergamak...

Amy Search Harap Menantu...

SEMUA ibu bapa mengharapkan yang terbaik buat anak-anaknya. Begitulah yang dirasai oleh Amy...

Bayi 2 Minggu Ditinggalkan Di belakang Rumah Pengasuh

BATU GAJAH – Seorang bayi perempuan dipercayai berusia antara satu hingga dua minggu ditinggalkan dalam kotak di belakang sebuah rumah di Taman Bemban Raya, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Mohd Nasri Omar, berkata pihaknya menerima maklumat kes buang bayi berkenaan daripada seorang wanita berusia 43 tahun yang menemui bayi terbabit di rumahnya pada jam 8.55 malam.

“Ketika berada di rumah, wanita berkenaan yang bekerja sebagai pengasuh bayi terdengar bunyi pintu belakang rumah di ketuk dengan kuat.

“Wanita berkenaan membuka tingkap rumah untuk melihat dan dapati ada satu kotak berwarna coklat di tepi pintu belakang rumah dan sebaik menghampiri serta membuka kotak berkenaan dia mendapati ada seorang bayi dibalut dengan kain lampin di dalam kotak itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, bayi berkenaan dipercayai berusia antara satu hingga dua minggu berdasarkan tali pusat bayi yang sudah kering tetapi masih belum jatuh.


“Bayi perempuan itu memakai baju lengkap dan dibalut dengan kain lampin serta dijumpai dalam keadaan sihat dan tidak ada sebarang kecederaan.

“Polis minta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai bayi berkenaan agar tampil ke mana-mana balai polis berhampiran untuk membantu siasatan,” katanya. – BHarian Online

  • Lagi berita berkaitan:
  • bayi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori